Semasa nak masuk ke kawasan parking SACC tu saya nampak ada group sedang shooting
Setelah selesai membeli apa yg dicari (Ohh.. saya nampak ada wedges yg saya berkenan juga kat Bata. Kalau takde tempat lain yg lebih menarik saya plan nak beli yg tu je. Ohh.. raya ni saya mahu kasut baru please.. isk) kami pun menuju semula SACC. Tapi kali ni lalu ikut dlm bangunan. Sbb tengahari kan panas nok! Hehe..
On the way nak ke bangunan SACC tu ada seorang makcik ni tegur. Dia jual keropok dan minta kami beli satu utk tolong dia. Isk. Bukan saya tak nak beli. Tapi harap makcik faham saya sedang berada dalam kondisi tight budget. Lain kali kalau ada rezeki pasti saya beli la kan. Bukan sekarang. Isk.
So kami terus menuju ke mesin auto pay yg dekat pizza hut tu. Nak dijadikan cerita kat tetengah pintu kaca tu ada lagi sorang nampak macam makcik jual barang jugak. Pakai baju kurung cotton (amboii.. cotton lagi you!) dan bawak beg besar petak2 tu. Hishh.. macam mana nak describe ni. Tahu tak beg yg empat segi besar yg slalu maid nak balik indon bawak tu? Ishh.. susah nak cakap. Pepaham jela ye. Saya dan rakan saya ni dah jalan laju2 sbb tak sampai hati nanti kena tolak jualan dia lagi kan. So kami straight bayar parking je. Tanpa toleh kiri kanan.
Lepas setel bayar parking tu kami terus nak ke kereta. Nak dijadikan cerita saya nampak crew shooting yg saya nampak mula2 tadi dah pindah kat depan tu pulak. Jadi kalau kami nak lalu memang bebetul depan diorg la. Saya nampak ada satu kereta myvi hitam dok parking kat depan tu. Saya fikir maybe diorg shoot kereta tu la. Saya toleh gak tengok kot ada pelakon yg saya kenal ke kat dlm tu. Tapi yilek. Time kami lalu tu memang takde orang lain lalu lalang. Hanya ada saya, rakan saya dan guess who? Makcik yg pakai baju cotton tu ok! Dia jalan bebetul depan saya dan rakan saya tu. Then, saya nampak director tu tunjuk tangan suruh lalu tepi. Saya ingatkan dia tak bagi lalu tengah sbb diorg tgh shoot ke apa. Sekali cuba teka???
Makcik yg lalu depan kami yg pakai baju cotton yg bawak beg besar mcm nak jual barang tu ialah
Gila malu haku ngan member haku ni. Isk..
Gila bengong sampai tak perasan siapa dia. Dan lebih bengong sbb dgn selamba kodok dok membontot je makcik tu. Harap2 la tak masuk muka dedua insan tak berdosa ni dlm scene tu. Isk.
Malu wehh. Malu den! Grrr..
Ok. Moralnya apa? Lain kali sila peka dgn sekeliling. Titik.
p/s: Entri ni saya up sekali lagi sbb saya dah dapat kenalpasti drama apa yg shooting tu. Rupanya Cerekarama tajuk dia “Kuih Makmur”. Menjerit haku satu rumah bila nampak diri haku yg gebu devas ni terkantoi masuk tv. Akibat tak peka dgn sekeliling. Padan muka. Nasib baik tak zoom in muka ni ha.. kalu idak.. haishhh.. malu makcik. Ngeh~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan