Sabtu, September 26, 2009

106. Semakin tua semakin dibencikah?

Pantas sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah seminggu syawal berlalu. Saya sangat perasan yg masa memang sgt laju sekarang. Tetiba takut kiamat datang. Ermm...


Ok. Cerita lain. Sekarang saya nak cerita tentang tajuk 'Semakin tua semakin dibencikah?'


Kisahnya petang semalam saya beraya ke rumah sepupu. Kiranya keluarga sepupu yg satu ini memang agak rapat dgn keluarga saya terutama parents sayalah. Dengan saya adik beradik adalah so so sahaja kerana mungkin faktor jarak umur yg agak jauh. Bayangkan anak sulung beliau adalah sebaya saya. Jadi bagaimana mungkin saya dan adik saya bermesra seperti orang lain bersepupu sepapat kan?


Sepupu saya yg satu ini juga sering diberi perhatian oleh abah kerana beliau selalu keep in touch. Selalu datang ziarah dan sebagainya. Tetapi dalam rapat rapat itu timbul pula unsur tidak patut yg saya amat tidak suka. Kisahnya si polan itu apabila di depan adalah sangat 'baik' dan bertaraf 'pijak semut pun tidak mati'. Tetapi di belakang saya dapati lain pula ceritanya. Seringkali saya dengar cerita tidak enak dari mulut orang lain tentang kata-kata si polan mengkritik abah saya secara tidak patut. Yelah. Di depan lain. Di belakang rupanya lain? Memang pantang betullah saya dengan perangai manusia sebegitu.


Pernah sekali terjadi satu peristiwa kelam berlaku antara si polan dan abah. Di mana secara tidak sengaja sikap si polan telah terkantoi dan diketahui oleh kami sekeluarga. Si polan ini memang kadang-kadang bersikap seperti tidak rasional atau dalam bahasa pasarnya tidak sedarkan diri. Mengkritik abah saya seperti tidak ada langsung kebaikan abah pada beliau. Dan selepas ketahuan sikap buruk itu si polan telah meminta maaf pada abah dan hubungan kembali jernih.


Tetapi apa yg saya tidak suka.. saya dapati si polan sebenarnya masih tidak berubah pun. Di belakang masih lagi bersikap tidak wajar pada abah. Masih juga suka mengkritik abah saya sesuka hatinya. Wehhh!! Abah saya sudah tua. Sudah 80 tahun. Apalah sangat dosa abah saya pada kamu? Mengapa kamu bersikap begitu pada abah saya ha? Ok fine memang betul abah saya seorang yg tegas dan garang di masa mudanya tapi sekarang beliau sudah tua kan? Tidak bolehkah melupakan sikap tidak enak abah saya DULU pada kamu?


Hmm.. susahlah manusia ni. Bila kita senang semua menempek. Bila kita tidak ada power lagi semua mahu memijak. Emak selalu pesan pada saya "Biarkan orang nak kata apa.. janji Allah tahu".


Ok. Saya mendiam. Saya biarkan. Tapi jika misi saya menggembirakan kedua orang tua saya terganggu... siap kamu!!


p/s: Ini entri geram. Haha.. banyak je entri geram yg hendak saya buat. Tapi itu nanti.

Isnin, September 21, 2009

105. Kehilangan

19 Disember 2009
29 Ramadhan 1430


Kepulangan Puan Citamuna saya yg tersayang ke syurga abadi..


Setelah 2 hari dia menghilang, rupanya kena patuk ular dan racun yg telah merebak ke seluruh sistem badan Citamuna tidak membolehkannya menjadi teman saya lagi. Perginya Citamuna membawa seribu kedukaan di hati saya dan membawa sejuta kasih sayang yg tiada terperi. Selama 3 tahun Citamuna menjadi teman merawat segala kesepian saya ia sudah menjalankan tugas yg sangat cemerlang. Dan di saat akhir Citamuna saya sempat membisikkan semoga kami berjumpa lagi di syurga. Saya redha. Jasad kaku Citamuna saya semadikan dekat dengan rumah sebagaimana dekatnya jiwa saya padanya. Erti persahabatan antara saya dan Citamuna tiada ternilai. Walaupun ia hanya seekor kucing yg diamanahkan Allah menjadi pengubat segala kedukaan dan kesepian saya.


Semoga kita jumpa lagi Cita..


p/s: Dan saya mengacau rendang tok di dalam tangisan yg tidak berpenghujung.

Khamis, September 17, 2009

104. Besarnya badan?

Hari ini setelah melawan segala kuman kemalasan akhirnya saya berjaya mengheret diri ke UM. Terpaksa pergi juga minggu ini kerana minggu lepas saya sudah ponteng gara-gara kelelahan. Walaupun secara fizikalnya saya di UM tapi hati dan fikiran saya berada di rumah. Risau memikirkan makanan berbuka emak dan abah jika saya terlambat pulang. Dalam hati puas saya berdoa supaya perjalanan pulang saya diawalkan dan lancar. Alhamdulillah.. Dr. Jue bermurah hati mengakhiri kelas awal. Oleh itu pukul 4 petang saya buru-buru memandu keluar ke Lebuhraya Persekutuan dengan pantas.


Pukul 4.30 petang saya sudah menghampiri bandaraya SA. Terus menghala ke PARAM Stadium utk mencari makanan berbuka. Saya tengok hari ini sudah tidak banyak gerai yg berniaga. Lengang aje. Gerai-gerai favourite juga sudah lama lenyap. Mujur gerai otak-otak kegemaran abah masih berniaga hingga esok. Esok mungkin saya akan pergi lagi utk membeli supply otak-otak utk abah. Mungkin juga beli yg mentah supaya tidak cepat basi.


Sewaktu dalam perjalanan pulang tadi saya terlebih dahulu menelefon emak bertanyakan makanan berbuka. Emak kata nanti dia goreng ikan. Cuma perlu cari lauk berkuah dan kuih apa yg saya suka. Puas juga saya perhati gerai mana yg menjual lauk pauk yg menyelerakan. Akhirnya saya berhenti di sebuah gerai menjual lauk pauk termasuk gulai kawah. Dan saya beli gulai lemak pucuk paku sebanyak RM3. Singgah juga gerai menjual nasi lemak panas Seksyen 2 yg menjadi kegemaran saya membeli sambal sotong basah RM3 dan juga nasi lemak ayam goreng berempah utk saya. Utk kuih pula saya memilih kuih lopes pulut 10 keping. Hehe.. dan sewaktu membeli kuih lopes inilah terjadi satu peristiwa yg lucu (sedih juga sebanyak 10%).


Kisahnya sewaktu menunggu penjual membungkus kuih lopes saya, tetiba datang seorang pakcik yg kelihatan bergaya dengan baju batik. Gaya pegawai kerajaan tingkahnya. Dan dengan secara tidak dijangka tetiba juga beliau menegur saya, "Ni kenapa BADAN BESAR SANGAT ni?"


Erkk.. saya pandang lelaki tua itu. Mengapakah mulutnya begitu lancang? Berani bermulut celupar terhadap saya di khalayak ramai? Saya diam.


Melihat saya yg tiada respon beliau bertanya pula pada bibik indon yg menjaga gerai itu. "Ini dia ni.. kenapa badan dia besar sangat?"


Hoho.. gila kan? Di bulan ramadhan yg barakah ini tetiba saya di hina secara terang-terangan. Hehe..


Alhamdulillah.. walaupun saya dimalukan secara begitu tapi saya diam sahaja. Biarlah saya dimalukan di dunia dari dimalukan di akhirat.


Tapi sewaktu di dalam kereta pulang ke rumah air mata saya menitik sebanyak satu titik. Perasaan saya terguris sebanyak 10%. Tidak banyak. Wahai orang tua berpangkat 'Datuk' kononnya itu, saya kasihan pada anda kerana walaupun anda berpangkat besar tetapi mungkin ada sebab musabab tertentu yg telah menjadikan anda mereng. Dalam hati saya terdetik mungkinkah itu balasan Allah atas perbuatannya yg saya tidak tahu? Wallahualam.


Hiks..


Sekian cerita dimalukan hari ini.