Sabtu, September 26, 2009

106. Semakin tua semakin dibencikah?

Pantas sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah seminggu syawal berlalu. Saya sangat perasan yg masa memang sgt laju sekarang. Tetiba takut kiamat datang. Ermm...


Ok. Cerita lain. Sekarang saya nak cerita tentang tajuk 'Semakin tua semakin dibencikah?'


Kisahnya petang semalam saya beraya ke rumah sepupu. Kiranya keluarga sepupu yg satu ini memang agak rapat dgn keluarga saya terutama parents sayalah. Dengan saya adik beradik adalah so so sahaja kerana mungkin faktor jarak umur yg agak jauh. Bayangkan anak sulung beliau adalah sebaya saya. Jadi bagaimana mungkin saya dan adik saya bermesra seperti orang lain bersepupu sepapat kan?


Sepupu saya yg satu ini juga sering diberi perhatian oleh abah kerana beliau selalu keep in touch. Selalu datang ziarah dan sebagainya. Tetapi dalam rapat rapat itu timbul pula unsur tidak patut yg saya amat tidak suka. Kisahnya si polan itu apabila di depan adalah sangat 'baik' dan bertaraf 'pijak semut pun tidak mati'. Tetapi di belakang saya dapati lain pula ceritanya. Seringkali saya dengar cerita tidak enak dari mulut orang lain tentang kata-kata si polan mengkritik abah saya secara tidak patut. Yelah. Di depan lain. Di belakang rupanya lain? Memang pantang betullah saya dengan perangai manusia sebegitu.


Pernah sekali terjadi satu peristiwa kelam berlaku antara si polan dan abah. Di mana secara tidak sengaja sikap si polan telah terkantoi dan diketahui oleh kami sekeluarga. Si polan ini memang kadang-kadang bersikap seperti tidak rasional atau dalam bahasa pasarnya tidak sedarkan diri. Mengkritik abah saya seperti tidak ada langsung kebaikan abah pada beliau. Dan selepas ketahuan sikap buruk itu si polan telah meminta maaf pada abah dan hubungan kembali jernih.


Tetapi apa yg saya tidak suka.. saya dapati si polan sebenarnya masih tidak berubah pun. Di belakang masih lagi bersikap tidak wajar pada abah. Masih juga suka mengkritik abah saya sesuka hatinya. Wehhh!! Abah saya sudah tua. Sudah 80 tahun. Apalah sangat dosa abah saya pada kamu? Mengapa kamu bersikap begitu pada abah saya ha? Ok fine memang betul abah saya seorang yg tegas dan garang di masa mudanya tapi sekarang beliau sudah tua kan? Tidak bolehkah melupakan sikap tidak enak abah saya DULU pada kamu?


Hmm.. susahlah manusia ni. Bila kita senang semua menempek. Bila kita tidak ada power lagi semua mahu memijak. Emak selalu pesan pada saya "Biarkan orang nak kata apa.. janji Allah tahu".


Ok. Saya mendiam. Saya biarkan. Tapi jika misi saya menggembirakan kedua orang tua saya terganggu... siap kamu!!


p/s: Ini entri geram. Haha.. banyak je entri geram yg hendak saya buat. Tapi itu nanti.

Tiada ulasan: