Hari ini setelah melawan segala kuman kemalasan akhirnya saya berjaya mengheret diri ke UM. Terpaksa pergi juga minggu ini kerana minggu lepas saya sudah ponteng gara-gara kelelahan. Walaupun secara fizikalnya saya di UM tapi hati dan fikiran saya berada di rumah. Risau memikirkan makanan berbuka emak dan abah jika saya terlambat pulang. Dalam hati puas saya berdoa supaya perjalanan pulang saya diawalkan dan lancar. Alhamdulillah.. Dr. Jue bermurah hati mengakhiri kelas awal. Oleh itu pukul 4 petang saya buru-buru memandu keluar ke Lebuhraya Persekutuan dengan pantas.
Pukul 4.30 petang saya sudah menghampiri bandaraya SA. Terus menghala ke PARAM Stadium utk mencari makanan berbuka. Saya tengok hari ini sudah tidak banyak gerai yg berniaga. Lengang aje. Gerai-gerai favourite juga sudah lama lenyap. Mujur gerai otak-otak kegemaran abah masih berniaga hingga esok. Esok mungkin saya akan pergi lagi utk membeli supply otak-otak utk abah. Mungkin juga beli yg mentah supaya tidak cepat basi.
Sewaktu dalam perjalanan pulang tadi saya terlebih dahulu menelefon emak bertanyakan makanan berbuka. Emak kata nanti dia goreng ikan. Cuma perlu cari lauk berkuah dan kuih apa yg saya suka. Puas juga saya perhati gerai mana yg menjual lauk pauk yg menyelerakan. Akhirnya saya berhenti di sebuah gerai menjual lauk pauk termasuk gulai kawah. Dan saya beli gulai lemak pucuk paku sebanyak RM3. Singgah juga gerai menjual nasi lemak panas Seksyen 2 yg menjadi kegemaran saya membeli sambal sotong basah RM3 dan juga nasi lemak ayam goreng berempah utk saya. Utk kuih pula saya memilih kuih lopes pulut 10 keping. Hehe.. dan sewaktu membeli kuih lopes inilah terjadi satu peristiwa yg lucu (sedih juga sebanyak 10%).
Kisahnya sewaktu menunggu penjual membungkus kuih lopes saya, tetiba datang seorang pakcik yg kelihatan bergaya dengan baju batik. Gaya pegawai kerajaan tingkahnya. Dan dengan secara tidak dijangka tetiba juga beliau menegur saya, "Ni kenapa BADAN BESAR SANGAT ni?"
Erkk.. saya pandang lelaki tua itu. Mengapakah mulutnya begitu lancang? Berani bermulut celupar terhadap saya di khalayak ramai? Saya diam.
Melihat saya yg tiada respon beliau bertanya pula pada bibik indon yg menjaga gerai itu. "Ini dia ni.. kenapa badan dia besar sangat?"
Hoho.. gila kan? Di bulan ramadhan yg barakah ini tetiba saya di hina secara terang-terangan. Hehe..
Alhamdulillah.. walaupun saya dimalukan secara begitu tapi saya diam sahaja. Biarlah saya dimalukan di dunia dari dimalukan di akhirat.
Tapi sewaktu di dalam kereta pulang ke rumah air mata saya menitik sebanyak satu titik. Perasaan saya terguris sebanyak 10%. Tidak banyak. Wahai orang tua berpangkat 'Datuk' kononnya itu, saya kasihan pada anda kerana walaupun anda berpangkat besar tetapi mungkin ada sebab musabab tertentu yg telah menjadikan anda mereng. Dalam hati saya terdetik mungkinkah itu balasan Allah atas perbuatannya yg saya tidak tahu? Wallahualam.
Hiks..
Sekian cerita dimalukan hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan