Menjelang lagi dua bulan sebelum majlis perkahwinan bangah saya kami sekeluarga (termasuk kucing2 saya) telah sepakat utk membuat sedikit renovasi pada rumah. Ini adalah kerana (tetiba ayat skema gila!) atap garaj di rumah saya sudah retak menanti belah. Err.. sebenarnya tidaklah retak. Tapi bebila masa sahaja bakal runtuh. Ya. Bunyinya memang sangat dahsyat kerana aliran air di atas atap yg tidak lancar lalu menyebabkan berlaku pereputan pada kekayu lalu kereputan. Anda faham? Maknanya kayu kayan di siling garaj tu dah reput la gitu. Jadinya perlu diperbaiki utk mengelakkan kejadian luar biasa (baca: tidak di ingini) berlaku sewaktu pesta keamatan (majlis kahwin sebenarnya). Tak dapat saya bayangkan kalau tetiba kami jadi headline di surat khabar gosip tentang kejadian bumbung runtuh. Hiks.. nauzubillah.
Makanya rumah saya ketika ini sangat berantakan. Laluan utama sudah tidak begitu bebas di lalui. Laluan alternatif diguna (macam highway daa). Habuk toksah cakap la. Kulit saya jadi kering sangat bila keadaan berhabuk macam sekarang. Nasib baik Cik Semah (read: asthma) tak datang. Namun begitu (ayat skema lagi) semalam laluan utama sudah dapat di lalui semula.
Mari tengok gambar sekarang.
Nampak tak crane (yeke org panggil crane?) kat luar rumah tu? Bikin rumah geger aje deh! Nampak mcm besar sgt lah projeknya sampai jentera sebesar itu datang. Padahal repair sikit2 je. Akekekkek..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan