Khamis, Januari 29, 2009

Saya macam bebudak

Cak! Utk pengetahuan entri rumah berantakan adalah di set sejak hari Selasa. Itu kerana saya tidak yakin utk berblog secara tegar dengan entri baru setiap hari memandangkan (tetiba ayat ni nak jadi panjang) kesibukan saya yg tak tentu hala. Akekke.. saya tersangat sedar bahawa saya sedikit bengong dan haru biru sejak menyambung pelajaran. Itu kerana (lagi sekali guna ayat sama) kepala otak saya asyik berfikir aje tak berhenti. Hinggakan tidur malam pun agak terganggu. Bila saya tidak cukup tidur iaitu 8 jam sehari (cewahh! ikut petua artis tu) mata saya akan rasa sakit dan seperti tersembul nak keluar dari tampok. Err.. sila jgn bayangkan. Jika dibayangkan maka anda akan terpandang wajah alien versi gemok. Harap maklum!


Hari ni saya ke skeolah tempat saya mengajar 4 thn dulu. Tujuan utama adalah utk berjumpa kawan saya yg kini dah jadi tailor tetap utk semua baju kurung saya. Ya. Saya sangat mulia kerana ingin membantu rakan. Dan tetiba menjadi sangat riak juga. Astaghfirullah! Maaf.


Sesambil berjumpa dan bergedik dgn member lama saya turut mengedarkan kad-kad jemputan kepada mereka yg terpilih. Yela. Dah nama pun buat small private function. Mana bleh jemput reramai. Bangah saya bukan Mawi. Harap maklum sekali lagi.


Pulang dari situ tetiba saya terfikir. Saya tersedar bahawa hingga kini perangai saya masih sama macam saya sepuluh tahun yg dulu. Iaitu perangai seakan bebudak aje. Saya melayan member lama pun sama macam 4 thn dulu. Kenapa eh saya tidak berubah? Adakah saya mmg childish? Atau saya mmg happy go lucky? Atau saya memang sesuka hati saya je nak saya jadi apa? Well. Saya suka soalan yg akhir. Biarlah. Walaupun setengah orang mungkin tak boleh terima dan kata saya macam tak matang. Hey! Macam aje ok. Saya tau la. Diri saya. Hiks.. emo tetiba.


Sejak saya masuk era 30 an ni saya tekad nak jadi happy happy terus. Mahu capai impian saya. Mahu jadi diri saya. Mahu jadi yg terbaik dimata mak abah dan keluarga saya. Saya mahu jadi idola juga kepada anak-anak buah saya. Hiks.. Insyaallah.


Cite lain. Kejap lagi saya nak ke Mydin Mall. Nak beli bunga manggar. Walaupun kedegang jauh lagi majlis tu iaitu bulan mac tapi saya nak siapkan awal. Pastu simpan dalam bilik khas. Ya. Ada bilik khas utk majlis kawin bangah saya ni. Semua brg2 dibeli letak situ. Sampai masa terus pasang apa yg patut. Maklumlah. Saya sorang je conquer semua benda. Saya kan wedding planner (perasan Elyana!).


Hiks.. :p

Tiada ulasan: