Jumaat, Januari 16, 2009

Tak aman di rumah

Sekarang ni nak membaca di rumah sangatlah tidak selesa. Bunyi bising sana. Bunyi bising sini. Kekadang rasa nak pelangkung je depa ni. Tapi idak ler saya pelangkung sbb kang kok saya pulak di pelangkung kembali. Hikss..


Kisahnya bumbung garaj tempat kereta rumah saya ni bocor. Bocornya dah berkurun tapi tak diperbaiki sbb kononnya tak mendatangkan mudarat. Tapi bila perancangan sesuatu majlis telah dibuat maka harus la merepair apa yg patut ya buk! Karang kot runtuh ke bumbung tu kang jadi kes masuk Bernama pulak. Cis!


Jadinya di waktu sekarang rumah saya adalah sebuah tempat yg amat berhabuk, bising dan oleh itu segala langsir telah di turunkan. Segala perabot telah diselimutkan. Maka kalau tetamu bertandang pasrah aje lah dengan keadaan begitu ya. Hiks..


Hari ni saya ada kelas. Jadi saya nak kena baca buku. Tapi saya amat malas. Mungkin saya akan pergi awal. Dan melepak di satu tempat utk membaca. Oh ya.. satu lagi buku yg telah di order boleh di ambil hari ni. Terbang lagi RM66.80. Tapi takpe. Saya suka. Saya bukan komplen.


Have a nice weekend babe!

Tiada ulasan: