Jumaat, Januari 23, 2009

Waaahhh!

Di saat ini saya sedang menonton 'The making of Geng' movie Upin & Ipin tu. Kagum betul saya tengok bagaimana org Malaysia kita dah boleh buat movie animasi tahap dunia gitu. Bila dengar diorg cerita pasal cara pembikinan movie tersebut memang la buat saya ternganga dan tak sudah sudah berkata "Wahh! Waaahhh!" (Ok! Tu acah aje. Suara saya tidak keluar. Cuma ber'wah wah' di dalam hati sahaja. Cara diorg shoot utk buat di sebalik tabir pun sangat kreatif la. Memang sempoi habis la org2 Les Copaque (how to spell?) ni kan. Tabik spring habis. Saya rasa diorg mesti buat keje yg diorg suka. Jadi disebabkan minat yg mendalam melahirkan semangat yg tinggi dan seronok. Best gitu kan? Emmm.. saya suka apa eh? Saya suka buku. Cita-cita saya (tak salah bercita-cita di usia 30 kan?) ialah utk membuka sebuah kedai buku. Atau pun francais kedai buku? Wah! Tentu seronok hidup bergelumang dengan buku je. Mencium bau buku adalah hobi saya ya. Akekekek.. setiap kali beli buku baru saya akan menghidu-hidu (Or is it mencium-cium?) helaian muka surat buku tersebut. Sangat syok! Hiks..


Ok la.. saya ada ujian hari ni. Nanti ada masa saya blog lagi. Oh ya.. saya nak cerita pasal rumah saya yg berantakan nanti. Jumpa lagi ya ..


Tata..

Tiada ulasan: