Sekarang pukul 1 pagi. Saya belum tidur. Sepatutnya jika belum tidur saya perlu membaca buku. Tapi hari ni the whole day saya tiada mood berbuku (read:membaca buku lerr). Waktu siang saya habiskan dengan menulis kad jemputan. Tapi berhenti sbb tak ada alamat dah nak tulis. Kerja2 mengesan alamat adalah kerja mak saya. Kerja saya menulis. Kad jemputan nampaknya perlu ditambah supaya semua jemputan dapat memegang kad jemputan. Makanya esok saya perlu ke kedai kad jemputan dan membeli kad jemputan kosong sahaja. Saya bercadang untuk mencetak sendiri kertas bahagian dalam kad jemputan. Teknik menjimat. Salahkan mak saya sbb suruh saya tempah 100 kad sahaja. Ternyata tidak mencukupi. Tapi saya terfikir bagaimana dengan peta? Perlu mengimbas (read:scan) la pulak! Malasnya.
Awal malam tadi saya ke Mydin (seperti yg saya sudah report). Saya beli box yg comel. Tetiba saya admire box pulak. Kisahnya saya cari box utk isi duit mas kahwin. Alhamdulillah. Dapat apa yg dicari. Senang kerja saya. Gulung sahaja duit dan susun dalam box. Bijak kan? Buat apa susah2 mikirin terus kan buk? Oh! Saya beli dua box tersebut. Satu utk saya(Walaupun saya tak tahu nak isi apa). Hehe..tu la.
Sekarang ni saya kebosanan. Hadap internet bosan. Hadap tv bosan. Hadap buku bosan. Saya suspect sbb saya kurang minum air. Ya. Kurang minum air putih adalah punca utama anda menjadi bosan. Betul? Salah? Nanti. Kaji dulu. Tapi saya takmo kaji. Bagi orang lain yg bosan pulak buat.
Apa nak buat eh? Tidur? Emm.. mata tak mengantuk camne nak tidur? Adakah saya perlu mengira kambing biri2? Tapi saya tak suka kambing biri2. Apa kata saya tukar kepada kucing? Kira beribu2 kucing sampai tidur. Boleh ke? Ok. 1...... 2...... 3...... emm.. bosannya mengira. Penat la otak saya. Oh! Saya tahu. Nonton DVD. Eh eh.. tetiba saya ngantuk. Kenapa? Sbb kalau nak nonton DVD saya kena berjalan ke tv. Dan pilih DVD apa saya nak tengok kan. Eh .. malasnya. lebih baik saya pejam je mata sampai tidur. Yela. Bila mata dah pejam nampak gelap. Bila nampak gelap cepat tidur sbb tak nampak apa2? Weh! Apa ni?
K la.
Good nite..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan