Pada tajuk entri di atas akan diberikan nombor supaya dpt track berapa entri telah saya tulis.
Cerita hari ini.
Bangun pagi-pagi saya dan emak menyusun atur perancangan utk hari ini.
1) Memula kena ke Pusat Kesihatan Seksyen 7 utk mengambil stok ubat darah tinggi emak yg telah kehabisan. Di mana-mana pusat kesihatan sekarang adalah tempat yg berpengawasan tinggi. Kelihatan di mana-mana orang memakai mask. Pintu utama juga di kawal rapi dgn berdirinya para petugas yg siap sedia dgn hand sanitizer dan pemeriksa suhu. Mujur emak cuma hendak mengambil ubat. Jadi jangka masa menunggu adalah sangat sekejap.
2) Rancangan kedua adalah untuk menziarahi anak sepupu saya yg berusia 27 tahun. Beliau di dapati hilang keupayaan utk berjalan lagi. Saya kata 'lagi' sbb 3-4 tahun yg lepas beliau telah diisytihar menghidap penyakit saraf yg menyebabkannya menghadapi keadaan sukar berjalan atau pun hilang upaya separuh badan. Punca adalah dikatakan bermula dari selaput di saraf tunjang yg rosak. Hmm.. memacam penyakit dalam dunia ni sekarang. Tadi saya melihat dia dengan perasaan sangat kasihan. Perasaan takut dan risau ada juga. Risau dan takut kerana bahagian hidup masing-masing yg ditentukan Allah adalah tidak sama. Ini bahagian hidup dia. Bahagian hidup saya lain pula. Lebih menambah simpati saya adalah perancangan yg telah di atur di mana dia khabarnya akan di risik pada hujung minggu depan. Disebabkan keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan maka majlis risik tersebut ditunda.
3) Selepas menziarahi orang sakit saya dan emak ke Hospital Pakar Selangor pula. Tujuan utama adalah untuk mengambil surat doktor. Sama juga seperti Pusat Kesihatan Seksyen 7 pengawasan H1N1 juga teliti dilakukan. Saya lihat kanak-kanak adalah sangat diberi pengawasan teliti sebelum memasuki premis hospital.
Esok perancangannya saya hendak ke library UM. Ada artikel perlu dicari.
Saya rasa saya perlu memakai mask ke mana jua saya pergilah.
Pengawasan awal adalah penting.
Kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan