Sabtu, Ogos 15, 2009

89. Ayat ayat cinta?

Huhu.. bagusnya TV3 ni eh. Menayangkan filem Ayat ayat Cinta yg popular itu. Bagus utk org macam saya yg belum tgk. Kasihan kan? Tak perlu kasihan. Kerana saya yg memilih utk tidak menonton. Baca novelnya pun baru-baru ini sahaja. Jadi apabila TV3 menayangkan filem itu sempena Ramadhan yg bakal tiba maka saya teruja. Cuma biasalah. Antara versi buku dan filem, buku adalah lebih kedebabomm devasss sbb segala imej dan gambaran adalah melalui otak kita sendiri. Jadi saya rasa lebih detail berbanding filem. Iya? Heh! Oh ya.. watak Fahri dlm gambaran imej otak saya adalah berbadan tegap dan sasa dan bukan kurus seperti di filem. Hihi..

Tiada ulasan: