Sebagai contoh, hari ini adalah hari saya bersendiri. Saya keluar bersendirian tanpa ditemani sesiapa.
Saya ke Amcorp Mall utk membeli buku di Bookxcess yg meraikan ulang tahun ke 2. Dikhabarkan juga new shipment telah sampai. Maka dikhabarkan banyak buku-buku baru di kedai.
Pukul 11 pagi saya gerak dari rumah. Memulakan hari dgn perasaan sebel pada permulaan tapi berjaya saya positifkan supaya tidak merosakkan hari saya. Sesampainya di kedai buku tersebut saya lihat telah ramai ulat-ulat buku berkerumun. Ya. Memang byk buku-buku baru tetapi tidak menepati apa yg saya bayangkan. Namun begitu saya gembira juga kerana sempat mendapatkan buku-buku Sophie Kinsella iaitu 'Remember Me' dan 'Shopaholic & Baby' dengan harga RM17.90 setiap satu. 'Shopaholic & Baby' itu saya ambil di display rack new arrival mereka dan itu last copy yg mereka ada. Mujur saya sempat. Selain itu, saya juga membeli buku 'The Da Vinci Code' by Dan Brown yg belum sempat saya baca serta sebuah lagi novel berjudul 'Summer Garden' yg berharga cuma RM9.90. Jumlah keseluruhan yg saya bayar adalah RM60.40. Utk 4 buah buku inggeris saya rasa ia amat berbaloi.

Setelah keluar dari kedai buku saya singgah farmasi mencari mask jenis ikat tetapi tiada. Saya cuma dapat beli Dettol Hand Sanitizer sahaja.
Kemudian saya terus ke library UM. Akhirnya saya dapat meminjam buku 'Psycholinguistics' by Berko Gleason itu setelah sebulan menunggu giliran. Alhamdulillah. Sedar tak sedar perjalanan study saya semester ini sudah menghampiri separuh perjalanan. Begitu cepat masa berlalu.
UM sekarang sedang berlangsung pesta konvokesyen. Terlintas juga di hati utk mengunjungi booth yg ada tapi bila teringat wabak penyakit yg sedang menular saya jadi takut utk menghampiri kawasan sesak.
Bagaimana mahu akhiri entri ini?
Wassalam.
Heh~!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan