Rabu, Ogos 05, 2009

Semuanya OK

Ingat tak lagu tu? Kalau tak salah KRU yg nyanyi lagu Semuanya OK. Huhu.. dah kahwin pakcik Norman tu kan. Selamat pengantin baru la.

Ke mana saya menghilang? Bukan busy sangat pun. Tapi entahlah. Kenapa eh lately ingatan saya macam tak berapa nak power. Kekonon nak tingkatkan memory saya ambil Ginkgo. Tapi saya perasan ingatan saya sekarang macam tak berapa nak capai piawaian la. Saya jadi sangat pelupa. Oh.. saya sudah berhenti mengambil suplemen tersebut. Lepas ni maybe saya try ambil benda lain la utk fokuskan memori.

Tadi saya ke SACC. Member sekerja lama ajak lunch bersama. Lokasi adalah di Nandos. Pertama kali sebenarnya saya makan nandos ni. Saya ni bab makan memang selalu tak berapa nak adventure. Jadi pengetahuan terhadap kesedapan makanan adalah kebiasaannya lambat dari orang lain. Oh.. saya makan chicken salad. Sedap la. Bak kata seorang kawan saya 'Jadi kambing makan daun'. Huhu.. emm.. nampaknya lepas ni kena makan daun byk2 la. Kata nak susutkan badan sket kan.

Lepas lunch saya merayap seorang diri di mall itu. Masuk butik Bonia. Terbekenan pada sepasang kasut Sembonia. Lately asik kemaruk Bonia je. Yelah. Nak kemaruk Coach atau LV adalah sekadar mimpi semata. Dapat Bonia pun dah syukurrr.. oh.. pasal kasut Sembonia itu. Nanti saya belilah. Menyesal juga tak beli tadi.

Keluar dari Bonia saya jenguk Guess. Dah habis sale rupanya. Jadi tak perlu singgah. Konsep sekarang adalah membeli belah sewaktu sale sahaja. Buat apa buang duit kalau boleh dapat dgn harga lebih murah kan. Saya bukan isteri Datuk K ya.

Hari ini mood saya tidak begitu mekar. Mata adalah seperti berat. Adakah kerana cuaca? Yelah. Malam tadi suhu adalah sangat panas. Beberapa kali saya bangkit dan mandi. Sehingga jam hampir menunjuk ke angka 4 pagi baru saya ketiduran. Bangun pagi awal juga. Rupanya hujan. Sejuk pula. Agaknya kerana rutin tidur dan cuaca yg panas telah menyebabkan kondisi badan saya agak ting tong. Petang tadi berasa bagai hendak demam. Kepala pening. Badan seram sejuk. Oh.. saya sudah menelan Panadol Activ5 setelah makan sepinggan nasi berlaukkan rendang tok yg saya beli dgn harga RM15 utk 300gm di SACC tadi.

Esok saya akan ke UM. Perkembangan study adalah tidak begitu memberangsangkan. Satu artikel pun saya tak baca. Usahkan artikel buku pun harap tersandar di meja sahaja. Kenapa saya begini? Tepuk dada tanya ... ? Arghh.. gangguan fikiran (tetiba?!).

Dah la. Saya stop di sini dulu sebelum entry makin menuju ruang kemerepekan.

Tata.

p/s: Bnau, nak kasut sembonia tu ya.. (Banau adalah kucing hitam saya. Bnau adalah orang hitam saya. Hahahhahahahhahaah *peace no war*)

Tiada ulasan: