Cak~!
Saya baru pulang dari Sunway Pyramid. Oh.. dlm minggu ini sahaja saya telah 3 kali ke pusat membeli belah itu. Kali pertama adalah pada hari Rabu yg lepas bersama bakal adik ipar. Kali kedua adalah selepas kelas hari Khamis. Dan kali ketiga pada hari ini.
Kisahnya saya sampai 3 kali ke Sunway Pyramid ialah pertama sbb hendak mencari kasut hantaran warna putih yg cantik. Jadi saya mengajak bakal adik ipar saya itu ke Charles & Keith. Kebetulan ada sale kan mana tahu dapat kasut sepasang dari situ. Tapi malangnya design yg kami berkenan tiada saiz beliau. Salesgirl itu kata tinggal saiz yg besar besar sahaja. Wah! Saiz saya ialah 9. Wah! Wah! Wah! Kepala otak saya dah meligat ni. Kang sesilap org lain yg hendak membeli kasut hantaran org lain pula yg mendapat kasut baru. Ececeh! Tapi saya tak beli pun sbb kesuntukan masa. Kena ke kedai lain pula mencari. Masuk sana sini masih tak jumpa yg sesuai. Last last ke Jusco. Dan jumpa sepasang kasut Nautini. Kasut yg di pilih mestilah berciri berwarna putih, tidak terlalu tinggi dan boleh dipakai kerja nanti serta tidak melebihi RM100. Itu kriterianya. Jadi saya kira kasut Nautini tu boolehhlaa.. (walaupun saya rasa tak cantik kedebaboomm dezasss sgt).
Saya pula.. ihikss.. membeli juga sepasang kasut. Sbb saya memang mencari kasut yg selesa menggantikan kasut merah kesayangan saya yg semakin menunjukkan uzur. Kasihan beliau. Nanti saya buat entri khas tentang beliau (read: Kasut merah). Kasut yg saya beli itu bukanlah kasut mahal pun. Cuma kasut Hawkeye berharga RM59. Selesa dan telah menjadi 'pengiring' saya ke kelas Khamis lalu. Nanti saya blogkan.
Amboi panjangnya kisah hari pertama ke Sunway Pyramid ya. Ok. Masuk cerita hari kedua iaitu hari Khamis. Hari Khamis itu saya ke sana sbb malam sebelum itu saya tak boleh tidur. Asyik teringat kasut di Charles & Keith. Jadi saya buat keputusan utk ke situ lagi selepas kelas. Apabila saya masuk C&K perasaan sangat teruja. Saya belek kasut yg menjadi igauan itu. Tapi apabila tenung lama-lama tiada kimia pula. Saya jenguk kasut lain. Ada sepasang yg saya berkenan. Ada 50% lagi. Tapi bila minta saiz saya salesgirl tu ckp TIADA. Arghh! Stress. Memang saja la tak bagi beli kan. OK. Saya melenggang keluar dgn tangan kosong. Masuk Jusco lagi. Kekonon nak menghapus kekecewaan di C&K nak beli sepasang dua di Jusco. Tapi teetttt.. saya balik dgn tangan kosong lagi.
Hari Jumaat saya lepak di rumah. Walaupun tarikan kuat utk ke Pyramid lagi tapi saya buat tak peduli. Konon. Padahal dlm diam diam sudah membuat plan bersama kamu (kamu tahu siapa kamu kan?). Dan hari ini saya dan kamu ke situ lagi. Kali ini dgn satu tujuan satu matlamat (entah apa apa jadi hamba kaki. Huh!). Hari ini tanpa was was saya melangkah ke kedai Skechers. Saya dah lama aim Skechers Cali Gear. Memilih design itu kerana saya mahu kasut 'plastik' yg boleh kena air supaya tidak sakit hati kasut basah ketika di toilet. Berbulan-bulan saya pertimbang antara Crocs dan Skechers. Akhirnya Skechers terpilih. Tahniah Skechers! (tetiba!!!).
Gambar-gambar saya upload kemudian ya.
p/s: Sedang saya asyik menghadap hidangan Wendy's tetiba kedengaran suara memberi salam (mati mati ingat org nak jual buku agama tahu) Hahhaa.. rupanya Eyzzah daaa.. waduhhh.. speechless saya. Dah ler saya selekeh hari ini. Dgn muka tak siapnya. Aduhaii.. itu pertama kali saya bersua muka dgn beliau. Waaahh! Peramahnya beliau. Saya sgt malu sbb saya sgt goblok tidak tahu ckp apa. Hehe.. eyzzah.. lain kali kita bergebang sesama eh? Aisyah pun ada. Aisyah adik Eyzzah is my classmate tahu. Tapi bila jumpa kat luar pun saya goblok speechless. Ciss!! Sangat memalukan bangsa (bangsa?). Heh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan