Entri ini sepatutnya saya buat pada Hari Ibu yg semua orang sambut hari ibu (ayat baik punye belit~). Tapi sbb saya penat, kurang sihat, lembab dan sebagainya maka hari ni lah yg terpilih utk saya buat entri hari ibu. Tahniah Selasa~ tetiba pulak.. isk.. jangan pening. Mari cerita..
Tahun ini adalah tahun pertama saya menyambut hari ibu yg ada hanya ibu. Faham tak? Maksudnya sebelum ni saya meraikan hari ibu dengan ada ibu dan bapa. Jadi memula sambut hari ibu lepas tu hari bapa. Beli hadiah pun ikut giliran macam tu lah. Tapi sekarang hari bapa disambut tanpa kehadiran bapa. Ohh.. entri sedih pasal bapa mari cerita lain kali sahaja. Sobb..
Hadiah emak saya beli beberapa hari sebelum hari minggu tu. Setelah sebulan lebih survey nak beli apa akhirnya saya decide belikan sandal baru. Sbb sandal hadiah hari ibu yg lalu sudah cacat di cakar Uncle Charlie the Tama’s son. Bagaikan pucuk di cita ulam mendatang sekali ‘ting’ sudah tahu apa hadiah yg sesuai. Tak perlu pikir lama-lama. Walaupun sudah 2 kali ke Jusco Bkt Raja pusing2 cari hadiah.
Seusai beli hadiah memula ingat nak wrap sehabis comel. Tapi tak jadi sbb bila beli kasut tanpa si pemakai adalah berisiko. Walaupun biasanya memang saya yg beli kasut mak abah saya tapi saya tetap tidak yakin akan kemuatan kasut tersebut di kaki mereka. Yelah. Kasut kan lelain design. Jadi perlu di cuba di kaki dahulu barulah confirm. Sebelum bayar dan bawak balik saya dah pakat dengan budak sales tu utk tukar kalau tak muat nanti.
Sampai rumah saya lihat emak tiada. Tiada di bilik. Tiada di dapur. Saya nampak kipas di hall atas terpasang. Mungkin emak sedang berkemas di situ kot. Saya pun naik ke atas. Saya hulur kasut. Emak bolayan. Heh.. actually emak merajuk sbb saya keluar tanpa bagi tahu beliau. Saya suruh juga emak try kasut tersebut. Emak try acuh tak acuh. Lepas tu saya ckp “Emak try kasut ni.. ni hadiah hari ibu.. org dah takde bapak”. Terus saya nangis. Heh..cembeng! Sukelah!.. lepas tgk saya sudah cebek cebek mahu nangis cepat je emak pakai kasut tu dan posing posing jalan. Huh! Kasut muat. Alhamdulillah..
Hari Ahad yg lepas tu (hari ibulah kan…) saya suruh emak pakai kasut tu jalan2. Kebetulan emak nak ke Kajang. Anak lain pula bawak sambutlah kan. Kasi can la. Sbb saya hari2 berkepit dgn mak dah setiap hari berhari ibu.
Hari itu mereka ke Kajang saya pula jalan2 ekspedisi. Nanti saya ceritalah! Eh! Apa ni nak cerita pun garang2? akekekekkekee…
Sekian cerita hari ibu adalah hari2 dari saya :p
Tiada ulasan:
Catat Ulasan