Perkataan ‘ketapi’ di atas adalah word ‘keretapi’ sebenarnya. Sengaja saya eja begitu konon perasan ada lesen perosak bahasa mcm poets tu semua kan. Heh~
Ok. Ini adalah pengakuan berani mati dari saya. Jika mahu gelak dipersilakan. Saya tak marah mahupun berkecil hati. Jika mahu kutuk juga agak2 lah woi. Best sangat ke kutuk orang ni??
Hari Ahad yg lepas buat pertama kalinya saya menaiki komuter ke KL.
Ya? Hahahahahhahahahahahahahaha… saya tolong gelakkan sama. Sampai abis gegar gegar bumi ni. Kedung kedung kedung kedung <--- sound effect bunyi gegaran.
Memang kelakar la agaknya bunyinya umur dah 32 tahun baru nak merasa naik komuter kan? Nak buat macam mana nakk.. makcik ni memang serba serbi lembab. Dah tu ada kereta sendiri sejak abis spm kan? Buat apa naik public transport kan? Muahahhahaha berlagak di situ. Heh! Takde maknanya. Bukan berlagak ya. Cuma nasib saya je baik sikit. Ataupun sebenarnya saya yg gemok sangat jadi kerusi bas awam ke ketapi ke kapal tebang ke memang tak muat lah nakk.. sila kasihan. Isk..
Kisahnya memang itulah first time naik komuter. Bertemankan 2 bodyguard yg baik hati saya melangkah setapak lagi menuju kejayaan. Cewah! Berjayalah sangat. Tapi berjayalah jugak utk diri saya ni haa yg mencuba sesuatu yg baru. Walaupun terdapat kelemahan di sepanjang perjalanan balik. Ohh..
Saya park kereta di stesen komuter 19. Punyalah berdebar nak tinggalkan kereta kat situ sampai saya baca doa berpuluh2 kali. Sadis.
Sementara menunggu train tiba saya dah pucat. Kasihan. Naik ketapi pun takut. Mari gelak lagi. Hahahahhahahahaha.. (sila buat sound effect seperti di atas lagi).
Dalam train saya berdiri. Hari minggu nak.. penuhlah kekdahnya. Nasib badan. First time naik kena berdiri kan. Takpe.. dah standby pakai kasut terbaiklah kononnya. Anti slip. Anti segala antilah.
Tapi seronok jugak kan. Perasaan yg sangat lain. Sbb kebiasaan saya drive kereta sendiri mana boleh tengok santai kiri kanan. Lalu pulak tepi kawasan perkuburan abah saya. Terus dalam hati kata “Abah! Anak dara abah naik ketapi ni”. Ok. Tunduk. Sedih. Dulu masa kanak2 abah kata nak ajak kami naik ketapi jalan2. Tapi tak kesampaian. Lalu kini saya naik sendiri. Sobb..
Sampai KL Sentral saya ke stesen monorail pulak. Merasalah naik macam2 train dlm satu hari kan. Kata nak ekspedisi kan. Tapi pesal la diorg tak buat laluan ke monorail brickfields tu senang sikit. Ini tak. Kena U-turn pulak sambil sedut asap bas berkepok kepok. Huh! Benci KL (tetiba~!). Memang saya tak berapa gemar KL sbb habuk dan asap banyak tulah. Pernah dulu masa buat KPLI saya stay kat kondo di Cheras setiap kali bangun tidur akan mengeluarkan kahak hijau yg ngeri. Semput makcik nakk! Terus kensel nak dok KL..
Ok. Sambung cerita ekspedisi. Naik monorail nak ke stesen Imbi. Nak ke Low Yat sebenarnya. Dan terus ke Sg Wang. Lama sudah tidak ke sana membuang duit. Ini kata2 sinis ni. Bukan bermakna saya banyak duit. Lemak banyaklah. Di Sg Wang tu saya dah lelah sebenarnya. Kalau naik kereta bila penat boleh terus duduk dlm kereta terus boleh memandu pulang kan. Tapi bila naik public transport perlu berjalan kaki secara tak begitu rela ke stesen. Turun naik tangga. Sakit kaki saya. Huh! Time balik utk elak kesesakan saya kena ambik train dari stesen Bank Negara. Kalau naik dari KL Sentral memang kempunan dapat duduk ceritanya. Lalu saya pun menapaklah ke Bank Negara. Hazab sungguh. Isk.. sadis. Memang tak larat jalan dah. Gila jauh menapak! Serik! Konon nak singgah shopping kat Sogo pun cancel. Semua pun cancel. Kaki makcik dah sakit. Isk.. nangis~
Nasib baik masa balik ke SA tu dalam train saya dapat duduk. Syukurrrr. Bila sampai je SA nampak je kereta saya terus rasa sayang giler. Bersyukurlah ada kereta. Bersyukurlah atas segala nikmat dan kesenangan. Terus makcik insapp nak.. betul ni..
Kamu.. saya sayang kamu.. walaupun saya jarang mandikan kamu.. percayalah.. macam mana pun keadaan kamu.. kamulah yg terbaik .. lain kali saya pergi mana2 saya bawa kamu bersama k..
Walaupun saya tidak kaya raya tahap duit berkepuk2 boleh buang sesuka hati.. namun saya tetap bersyukur sbb basic living saya adalah mencukupi. Malah sometimes berlebihan. Terima kasih Ya Allah!
Dan kini saya sangat faham bagaimana rasanya mereka yg perlu commute pergi dan balik kerja naik train segala. Hari hari pulak tu. Dan lebih faham lagi betapa susahnya orang yg takde transport sendiri. T____T
Muka makcik seronok dalam komuter dapat balik dgn selamat.. huhu..
Legaaaaaaaaaaa I tell U ~ :p
Tiada ulasan:
Catat Ulasan