Jumaat, Mei 14, 2010

Hari Jumaat adalah hari utk bersedekah

Hari lain pun kalau nak bersedekah dialu-alukan. Sedekahlah pada yg berhak. Tapi saya bukan nak cerita pasal sedekah pun.

Saya nak cerita hari ni saya memasak tau~

Wakakakak.. apakah kaitannya memasak dgn sedekah? Apakah hari lain tidak memasak?

Well.. hari lain masak jugak kalau rajin. Kalau malas duduk je dendiam. Tapi kisahnya saya dari semalam berhajat nak memasak nasi minyak dan lauk-pauknya. Tapi saya terfikir adalah lebih baik saya memasak hidangan special tersebut pada hari Jumaat. Lebih besar pahalanya sbb bagi makan ahli keluarga dengan niat utk sedekah. Betul?

Jadi tengahari tadi dengan gigih saya mula singsing lengan di dapur. Masak naik minyak yg over kuning (kes nak perabih pewarna kuning), lauk kurma daging, kentang masak sambal ikan bilis dan goreng papadom. Itu je. Akekkekeke.. jadilah. Nak masak ayam masak merah ayam nan hado. Dah lama tak beli ayam. Malas nak ke pasar pepagi. Nak beli ayam di pasaraya adalah geli. Jadi syukurlah dengan jamuan air tangan saya itu nok~

Gambar adalah yilekk. Masa memasak adalah masa berlemuih comot. Tiada keterujaan mengambil gambar pulak hari ni.

Alhamdulillah… kenyang semua orang. Memasing dok kata bau makanan yg harum dan menyelerakan. Tapi saya tidak kebauan pun? Mengapakah?

Sempat bagi sepinggan pada …emm… tetttt.. huh~ nyampah! Merajuk I~

Ohh.. saya baru tahu goreng papadom dengan minyak yg telah digunakan utk menggoreng kentang sebelumnya adalah menjadikan papadom lebih lazat. Serius! Sila cuba. Ngeh~

signature

Tiada ulasan: