Hehehe… tajuk adalah umpama saya dan blog udah merujuk. Sudah berapa bulan bercerai kan? Nasib baik talak 1 saje. Ok belogku.. mari bercinta kembali~heh..
Sekarang saya sedang cuti sem. Cuti sem adalah selama 2 bulan. Di penghujung bulan Jun baru register sem baru. Kelas maybe start early July la. Jadi apa nak buat sepanjang cuti ni?
Macam2 dok ada dlm kotak fikiran. Tapi satu pun belum dibuat lagi. Kereta lama yg berenjin lama pastilah gerak pun ala ala lem. Konon nak pegi bercuti. Sbb sepanjang tahun 2009 kan saya sibuk. Sibuk di uji. Sibuk mengurus itu ini. Sudahnya saya sendiri kedaung. Kepala otak rasa serabut. Seperti terasa rambut wavy ku bukan hanya di atas kepala. Tapi sampai ke dlm otak serabutnya. Kusut musut. Membusut. Ok. Exaggerate lebih.
Sepanjang saya hanya memblog di dalam hati banyak perkara saya alami. Tapi umpama membuang air besar yg tiada sembelit saya buang dan flush segera saje. Every day hanya tempuhi saja dan biarkan ia berlalu pergi.
Misi diet saya juga gagal. Gagal kerana saya tidak kuat iman inclination. Kerana instrinsic motivation saya yg mati. Akibatnya membazir wang saja. Kena buat post mortem. Kaji apa yg menyebabkan kegagalan demi kegagalan. Mungkin salah satu faktor adalah saya tidak ada digital weighing scale. Mengapa digital? Kerana mesin penimbang analog adalah tidak mampu membaca berat saya. Padan muka. Sila menggemok lagi. Insaf~
Sekarang sudah 3 haribulan Mei 2010. Sila bertindak laju2. Pantas sket. Sila rajinkan diri. Sila buat brisk walk everyday. Sila minum air byk2. Oh.. saya kurang minum air. Itu juga faktor tidak mendorong proses penurunan berat. Suka skip makan juga adalah tidak bagus. Haih..~
Saya sudah lantik someone menjadi personal consultant. Tengok jela berjaya ke idak..
Kenyit mata sket ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan