Rabu, September 16, 2009

102. Checklist raya

Aidilfitri tahun ini saya agak kelam kabut. Dengan emak yg sakit lutut hingga tidak boleh berjalan. Dengan abah yg baru saja selesai operate mata kedua-dua belah. Jadi saya agak kelam kabut ke sana ke mari seorang diri. Mana rumah perlu di kemas dan di hias. Mana pintu perlu di pasang extra safety lock. Mana sekitar rumah yg bersepah gara-gara construction yg belum siap. Memasak utk berbuka lagi. Masak sahur lagi. Perghh.. patutlah saya belum berkahwin dan punya anak-anak. Kalau tidak tentu lebih parah.

Namun begitu raya perlu raya kerana sudah berpuasa kan. Perlu juga meraikan kemenangan melawan segala hawa nafsu nafsi. Jadi seperti kata emak, semangat raya jgn pudar. Walaupun beliau sendiri tidak berdaya berjalan seperti biasa.

Apa yg saya sudah dan perlu buat utk raya ni?

1) Kemas rumah (susun perabot, buang habuk, vacuum karpet) - checked
2) Mop lantai (minta tolong bangah jumaat nanti)
3) Gubah bunga (kalau sempat)
4) Susun bekas kueh raya (malam raya pun sempat lagi)
5) Baju raya (nanti member hantar malam raya)
6) Gosok baju raya abah, adik, emak & saya (adoiii.. berpeluh ler)
7) Beli bahan masak (bangah tolong beli)
8) Sediakan bahan memasak (jumaat potong bawang)

Isk.. jangan ler saya sakit belakang lagi.

Sabtu, September 12, 2009

101. Kueh raya

Ini kisah semalam. Hari selasa saya telah mengambil stok cookies ini dari kedai. Dan semalam adalah hari mengedarkan cookies tersebut bagi mereka yg berminat menjadikannya kueh raya. RM15 utk 50pcs cookies yg enak mana mau dapat ho? Hehe..

Photobucket

Tak banyak pun yg saya ambil. Cuma 20 balang sahaja. Saya bukannya penjual cookies yg tegar sangat la. Suka suka aje.

Photobucket
Utk order raya kali ni saya sertakan coklat Cadbury Old Gold (yg tiada di pasaran Malaysia, hanya utk eksport ke India) sebagai free gift. Maklumlah stok coklat berlambak di rumah. Utk raya ni pun byk dah standby utk bagi bebudak yg datang beraya (rumah saya memang terkenal di kalangan orang-orang terdekat sebagai syurga coklat sbb makcik saya kerja di kilang Cadbury).

Photobucket
Sedia utk diedar. Lima balang utk aisyah dan eyzzah sekeluarga dan sebalang utk kawan lama saya masa sekolah menengah yg bekerja di MBSA. Kad raya pun saya bagi la jugak sebagai tanda kenangan.

Cerita hari ni pulak..

Hari ni mak saya sakit kaki lagi. Sakit lutut lebih tepatnya. Biasalah orang-orang tua memang senang kena sakit lutut. Jadi dah jadi kebiasaan saya sekarang bangun awal sediakan sahur. Pukul 4.30 pagi dah bangun. Panaskan nasi. Kalau ada lauk panaskan lauk dlm microwave. Kalau takde lauk saya goreng telur dadar je. Lepas tu bancuh air nutrimeal Hadis. Cukup utk melapik perut sepanjang hari berpuasa.

Jika di hari biasa emak yg rajin mendobi pakaian seisi keluarga, kali ini dah jadi tugas saya. Kutip kain baju di setiap bilik dan masukkan dalam mesin. Mana yg tak boleh basuh dengan mesin saya masukkan dalam mesin basuh separa auto. Hehe.. jadi cuma arah mesin godek gedek gedek lepas tu saya bilas secara manual. Hari ini juga saya turunkan semua langsir dapur basah dan bilik jemuran dan rendam. Sudah lama tidak berbasuh sudah kelihatan jelik sedikit. Mood raya kalau boleh rumah mahu bersih sebersihnya. Baru ada semangat waja. Bukan bermakna tidak raya rumah kotor ya. Tolong sket! @#*&#&**)(# <--- simbol apakah?

Hehe.. petang pula saya ke bazar stadium mencari otak-otak kegemaran abah. Sudah beberapa hari abah hendak makan tapi tidak membeli. Jadi abah sudah mahu merajuk. Secepat kilat saya keluar mencari. Saya beli 20 batang. Huhu.. semasa berbuka abah menangis melihat otak-otak. Dan menghadiahkan saya 7 batang utk saya ngap.. hehe.. terima kasih! Kenyang sungguh!

Esok mahu buat apa pula? Mungkin mengemas rumah dan menghias ruang tamu la kot. Raya sudah dekat. Saya sedih sbb ramadhan sudah mahu pergi.

:((

Khamis, September 10, 2009

100. Sedapnya saya masak

Wakakakak... sudah 100 entri. Hanya 100 entri utk tahun 2009? waduh! Sungguh tidak baguslah saya ni. Bagaimana mahu bergelar blogger tegar camni?

Hari ini saya tidak ke kelas kerana terlalu capek. Pagi tadi abah saya operate mata. Semalam saya membasuh dapur secara solo dan bertungkus lumus. Jadi capek banget. Sudahnya tidak cukup kudrat memandu kereta bersendirian ke um. Nak suruh orang hantar tiada siapa yg boleh diharap. Jadinya terpaksa korbankan satu kuliah. Rugi je. Tapi nak buat macam mana. Memang saya letih dan sakit-sakit badan.

Kamu berbuka menu apa hari ini?

Saya berbuka dengan sambal tumis telur yg saya masak. Pergh! Saya suka sangat (macam Linda cikgu tari selalu cakap). Lauk lain pun tidak di pandang.

Hari ini juga saya memulakan satu langkah baru iaitu ke Tesco membawa shopping beg sendiri. Permulaan utk saya mengelak menggunakan plastik. Tapi tadi terpaksa juga guna plastik utk bungkus udang basah dan telur. Huishh.. lain kali perlu membawa beg plastik sendiri la. Kisahnya beg plastik Tesco adalah dicipta tidak tahan lama. Mudah hancur berderai gitu. Jadi tidak perlu dikumpul utk dijadikan plastik sampah. Say goodbye to beg plastik Tesco!

Esok hari Jumaat. Hari utk saya distribute oatmeal cookies pada yg telah order.

Minggu depan dah raya pulak. Hisshh.. cepatnya masa berlalu.