Khamis, September 10, 2009

100. Sedapnya saya masak

Wakakakak... sudah 100 entri. Hanya 100 entri utk tahun 2009? waduh! Sungguh tidak baguslah saya ni. Bagaimana mahu bergelar blogger tegar camni?

Hari ini saya tidak ke kelas kerana terlalu capek. Pagi tadi abah saya operate mata. Semalam saya membasuh dapur secara solo dan bertungkus lumus. Jadi capek banget. Sudahnya tidak cukup kudrat memandu kereta bersendirian ke um. Nak suruh orang hantar tiada siapa yg boleh diharap. Jadinya terpaksa korbankan satu kuliah. Rugi je. Tapi nak buat macam mana. Memang saya letih dan sakit-sakit badan.

Kamu berbuka menu apa hari ini?

Saya berbuka dengan sambal tumis telur yg saya masak. Pergh! Saya suka sangat (macam Linda cikgu tari selalu cakap). Lauk lain pun tidak di pandang.

Hari ini juga saya memulakan satu langkah baru iaitu ke Tesco membawa shopping beg sendiri. Permulaan utk saya mengelak menggunakan plastik. Tapi tadi terpaksa juga guna plastik utk bungkus udang basah dan telur. Huishh.. lain kali perlu membawa beg plastik sendiri la. Kisahnya beg plastik Tesco adalah dicipta tidak tahan lama. Mudah hancur berderai gitu. Jadi tidak perlu dikumpul utk dijadikan plastik sampah. Say goodbye to beg plastik Tesco!

Esok hari Jumaat. Hari utk saya distribute oatmeal cookies pada yg telah order.

Minggu depan dah raya pulak. Hisshh.. cepatnya masa berlalu.

Tiada ulasan: