Rabu, September 16, 2009

102. Checklist raya

Aidilfitri tahun ini saya agak kelam kabut. Dengan emak yg sakit lutut hingga tidak boleh berjalan. Dengan abah yg baru saja selesai operate mata kedua-dua belah. Jadi saya agak kelam kabut ke sana ke mari seorang diri. Mana rumah perlu di kemas dan di hias. Mana pintu perlu di pasang extra safety lock. Mana sekitar rumah yg bersepah gara-gara construction yg belum siap. Memasak utk berbuka lagi. Masak sahur lagi. Perghh.. patutlah saya belum berkahwin dan punya anak-anak. Kalau tidak tentu lebih parah.

Namun begitu raya perlu raya kerana sudah berpuasa kan. Perlu juga meraikan kemenangan melawan segala hawa nafsu nafsi. Jadi seperti kata emak, semangat raya jgn pudar. Walaupun beliau sendiri tidak berdaya berjalan seperti biasa.

Apa yg saya sudah dan perlu buat utk raya ni?

1) Kemas rumah (susun perabot, buang habuk, vacuum karpet) - checked
2) Mop lantai (minta tolong bangah jumaat nanti)
3) Gubah bunga (kalau sempat)
4) Susun bekas kueh raya (malam raya pun sempat lagi)
5) Baju raya (nanti member hantar malam raya)
6) Gosok baju raya abah, adik, emak & saya (adoiii.. berpeluh ler)
7) Beli bahan masak (bangah tolong beli)
8) Sediakan bahan memasak (jumaat potong bawang)

Isk.. jangan ler saya sakit belakang lagi.

Tiada ulasan: