Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan

Rabu, September 07, 2011

Aidilfitri 2011-My Raya

Giler malas nak update blog lately. Mcm kebiasaanlah! Dah mmg dasar pemalas kata kau kan?

Okeh.. baru nak update cerita raya. Sbb kekdahnya working station saya sekarang sudah beroperasi secara rasmi dari home library ku nan sejuk nan privacy nan terpencil ni maka habit duduk terperam melayari internet adalah kurang berwibawa. First week of raya memang nan ado lah nak berlenggang ke ceruk terpencil ni kan. So dah masuk second week ni baru la feeling tu mari.

Cerita raya? Macam biasa jugak. Cuma ramadhan ini lebih terasa barokahnya. Serius!

Minggu kedua ramadhan saya dan emak mmg sibuk spring cleaning rumah ni. Cleaning bukan alang2. Siap misi mengosongkan bilik saya utk preparation bilik pengantin pun buat bulan ramadhan ni jugak. Mcm tak percaya 2 beranak boleh angkut one bedroom set dari tingkat atas ke bilik emak di bawah. Dgn almarinya besar gadang. Mmg mencabar sungguh. Nasib baik peralatan cukup. So apa saya buat adalah buka semua parts then angkut sikit2 sampai bwh pasang semula balik. Tu satu hal. Proses melengkapkan library ni pun buat bulan puasa ni jugak. Angkut segala buku2 rak segala susun elok2 then last touch install aircond sebiji. Barulah selesa nak study ke buat kerja ke apa kan. Ohh.. semalam saya cilok jugak satu tv letak kat sudut library ni. Takdela boring sgt nok!

Oh.. bilik pengantin juga telah di install aircond baru (sbb yg lama dah rosak). Thanks pada bakal suami sbb sponsor. Hekss...

Malam raya saya baru terhegeh2 nak masak segala. Biasanya menjelang maghrib at least rendang dah siap. But thn ni pukul 10 mlm pun rendang belum di tenggek lagi. Giler gamble. Sempat merayap ke tesco plak lagi. Sudahnya haku jugak keletihan. Masak rendang kat luar thn ni sbb masak byk. Kata keluarga bakal suami nak dtg kan? Mak pun kata alang2 bakal besan nak dtg baik jemput sekali besan2 sekelian dtg beraya sekali. Utk kemudahan di kemudian hari. Hehe..

So mlm raya tu tidur adalah pukul 2 pagi. Bakal suami pulak dtg bersama anak buah hantar juadah tgh2 mlm. Nasib baik kami pun busy memasak. Saya mengacau kuah kacang di atas stove di dapur. Mak mengacau rendang di extra stove di luar. Makcik pulak sdg membancuh kek. Jadi semua masih segar bugar lagi.

Pagi raya saya bangun awal. Pagi tu kena masak satu lagi hidangan. Kuah lodeh. Pertama kali dlm sejarah kuah lodeh menjelma di hari raya pertama. And first time dlm hidup saya juga nak masaknya pun. Haha.. masak satu periuk besar. Nasib baik sedap! So hidangan kami di raya pertama adalah nasi himpit, rendang ayam, kuah lodeh, kuah kacang, kek coklat (neighbour bagi), kek belang, lemang dan serunding kelapa. Thn ni saya malas masak nasi minyak sbb rasa mcm tak cukup kaki tangan. Walaupun saya mmg tak gemar mkn nasi himpit tp pasrah jelah sbb dah malas kan.

So tetamu pertama kami adalah keluarga mertua adik saya. Tu pun saya sedar lambat sbb saya dok melepak sejukkan badan di library. Bdn rasa tak sedap sgt. Pening. Nak muntah. Angin kot! So turun2 je tgk dah ramai org. Heks...

Lepas diorg balik dok tunggu tunang saya pulak. Heh! Kata nak dtg pukul 11.30 kan. Sekali pukul 2 petang  baru dia muncul ko! Dtg dgn keluarga adik beradik dia semua. So meriah la rumah den thn ni. Lps diorg balik saya dah terbongkang membisu seribu bahasa. Anak buah saya si Qilnok dtg menghimpit pun tak layan dah. Makcik penat nak! :p

So itu cerita raya pertama. Thn ni pun takde family pictures. Sbb utama tripod saya hilang. So kita amik gambo masa haku kawen jela ye. :p
Bakal suami & some of the family


Next.. raya kedua pulak nantilah I cerita ye..


Isnin, November 30, 2009

140. Dear diary

Ececehh.. tajuk cam real je.

Ok. Meh cerita. Apa nak cerita eh? Cerita aidil adha?

Aidil adha tahun ni macam yg lepas lepas jugak. Perasaannya seperti biasa sahaja. Cuma kali ini bertambah kosong sbb abah dah tiada. Kalau dulu pagi raya boleh tatap wajah abah. Masa makan ke. Masa duduk duduk ke. Sekarang semua tu tak ada.

Kami rancang nak buat kenduri arwah pada hari Sabtu atau Jumaat yg lalu. Tapi bila fikir balik sedalam-dalamnya saya dan emak buat keputusan hantar makanan ke surau dan masjid sahaja. Mak kata pahalanya sama. Kalau nak jemput orang datang ke rumah macam payah juga sbb orang mesti balik kampung. So mesti tak ramai orang yg boleh hadir. Jadi kami decide masak dan packing nasi lemak dan air mineral hantar kepada orang-orang yg buat kerja-kerja korban.

Jadi pepagi hari Sabtu lepas kami sekeluarga pakat gotong-royong packing nasi lemak. Anak-anak buah saya Farhani, Fatiyah dan Fadilah pun sama bantu (cececehhh.. suke la tu nama masuk blog kan :p). Hehehe.. alamak! Lupa pulak ambil gambar masa tengah ramai-ramai tu kan. Ruginye..

Lepas habis packing semua saya dan adik-beradik yg lain hantar ke surau berdekatan sebanyak 50 bungkus. Lepas tu hantar 50 bungkus lagi ke masjid di seksyen 16 sbb kami buat ibadah korban di situ. Bangah kata orang masjid tu terus edarkan makanan kami tu kepada orang-orang yg bekerja. Laku macam pisang panas. Alhamdulillah.. harap-harap pahalanya sampai pada abah.

Abah, semoga abah tenang di sana. Kami, anak-anak abah akan usaha buat pahala utk abah. Insyaallah.. apa saja utk abah tahu.. lepas ni nak beli Quran pula utk diwakafkan pada masjid-masjid yg pernah abah mengajar dulu. Nanti perlahan-perlahan kami usahakan ya. Pusara abah pula nanti 100 hari mak buat cantik-cantik ya. Sekarang mak dah suruh orang tu letak papan. Abah, abah tunggu kami di situ ya.. Insyaallah bila tiba masa kita jumpa lagi. Abah, saya akan cuba kuat utk hidup sendiri tanpa doa abah sekarang. Dulu abah selalu doakan anak-anak kan.. sekarang macam kata mak kena pandai pandai hidup sendiri. Abah, saya sayang abah tau..

Petang Sabtu tu lepas selesai semua perkara saya dan emak bersama Farhani, Fatiyah dan Fadilah ke Mydin USJ utk membeli telekung bebudak. Kasihan Fadilah tak dapat bawak balik telekung sbb kainnya hilang. Jadi terpaksa cancel. Nanti kena cari telekung lain utk Fadilah. Emmm .. sebut pasal telekung tetiba teringat byk telekung dan kain pelikat belum wrap lagi utk disedekahkan pada anak-anak buah abah.

Hari ni dah 30 Nov.. bermakna wedding adik saya hanya tinggal lebih kurang 15 hari sahaja. Tolak hari nikah, hari menggantung dan bla bla bla. Rumah masih belum ready. Saya pulak beberapa hari ni macam kurang sihat. Macam nak semput pun ya. Maklumlah rumah penuh dengan habuk sana sini.

Oklah.. saya stop di sini dulu. Nanti cerita lagi.

Rabu, September 30, 2009

109. Cerita raya ke?

Rata-rata blogger majoritinya sakan dok bercerita pasal raya. Yelah. Raya aidilfitri setahun sekali. Jadi semestinyalah segala persiapan dan kejadian perlu di coret utk dijadikan kenangan.


Cerita raya saya?


Biasa biasa saja.


Raya pertama dan kedua saya banyak meng'cover' tidur. Saya letihlah. Yelah kan. Dua minggu sebelum raya saya sibuk mengurus rumah gara-gara emak 'down' kerana sakit lutut. Petang di penghujung ramadhan pula 'sahabat' kesayangan (read: my beloved cat, Pn. Citamuna) pula mati gara-gara di patuk ular (note to self: misi meng'clear' kawasan dan menebang pokok perlu dijalankan sebaik sahaja rumah siap). Dan itu menyebabkan saya mengacau rendang tok dalam tangisan yg tak berkesudahan. Tugas menyediakan juadah raya dari proses membeli hinggalah ke proses memasak adalah hampir 100% terletak di bahu saya. Selalunya emak yg buat semua. Sekarang baru tahu tahap kepenatan buat semua perkara itu. Huihh..


Pagi raya pula yg ada di rumah hanya saya, abah dan emak sahaja. Adik saya ke masjid menjalankan tugas. Abg saya yg sulung tidak muncul. Abg yg kedua pun yilek.


Jadinya di pagi raya tidak ada sesi yg luar biasa pun. Tiada salam salaman. Tiada sesi bergambar pakai baju bajan raya semua. Yg ado hanya makan-makan tanda berakhirnya ramadhan. Pagi raya tu jugak saya sibuk di dapur lagi. Memasak pajeri nenas dan nasi minyak. Jadi selepas mandi pagi saya sarung uniform memasak sajalah.


Ohh.. tatkala matahari sudah menegak di ubun ubun baru bangah saya muncul bersama bini. Saya agak beliau 'berjalan kaki' dari Puchong ke Shah Alam. Dan itu menyebabkan mereka sampai selewat itu?


Selepas zuhur, seusai semua makan, saya membuta. Emak dan abah pun sama sbb tiada aktiviti menarik hendak di buat.


Malam pula, keluarga bakal isteri adik saya bertandang. Saya yg keletihan hanya menyediakan air minuman dan hidangan nasi himpit serta rendang. Saya tidak sama melayan kerana saya menyusup masuk ke bilik tidur parents saya melayan tv. He.. he..


Boring kan hari raya keluarga saya? Budak kecik takdo. Budak besor takdo. Pompuan besor je ado.


Hehe..


Nanti saya rajin saya sambung cerita seterusnya..

Rabu, September 16, 2009

103. Checklist raya 2

Hehehe.. (dimulakan dgn gelak ketawa tanda ceria)


Sekarang adalah checklist persiapan raya utk diri sendiri. Sempat je prepare utk diri sendiri ye dak. Itulah untungnya bersiap awal dik non.


1) Baju raya
emmm... masih pada tailor lagi lah. Tailor tu member saya. Dia dah sms kata akan hantar malam raya sbb tahun ni saya tak boleh ambil di rumah beliau sbb keuzuran emak kan. Baju raya tahun ini adalah 2 pasang baju kurung sahaja. Sengaja buat 2 pasang sbb kebiasaannya saya akan jarang pakai sbb saya kan jarang keluar rumah gitu. Lagipun nanti bulan 12 nak kenduri kahwin adik saya kan. For sure nak buat baju lagi tuh. Huhu..


2) Handbag raya
Waahh.. tahun ini ada handbag rayalah. Selalunya tak do pun sbb saya dedulu tidak berapa gemar berhandbag. Cuma sekarang sudah suka sikit. Maklumlah sudah hampir 100% feminin gitu (dulu saya tomboy ya harap maklum!).


Photobucket


Thanks to emak la sbb hadiahkan saya handbag tu masa birthday aritu kan. Saya sengaja simpan utk dirasminkan pada hari raya ini. Bergaya sket makcik rayo ni weh!


3) Kasut raya
Bab bab kasut ni tak payah tunggu raya memang laju je. Jadi nak excited bab kasut raya adalah tidak berapa excited. Namun begitu saya anggap Crocs Malindi Mango yg saya beli ari tu sebagai kasut rayalah sbb belum pakai pun kan. Matching ke dgn handbag? Ahaksss.. lantak ler tak matching pun kan. Dalam lemari kasut tu berlambak lagi kasut nak matching matching ni.

My malindi Mango


4) Spek raya
Tahun ni takde spek raya sbb spek masih ok lagi. Tahun lepas memang spek pun sekali nak raya.


5) Buku raya
Akkekekeke.. gatal lah tu ada buku raya kan. Kisahnya semalam ketika saya ke Mydin USJ utk membeli door lock ada jualan lelong buku-buku oleh Creative Enterprise. Jadi saya beli 2 buah je yg setiap satu berharga RM5. Beli je baca belum tentu ada masa sekarang kerana kerisauan melanda sbb satu assignment dan satu presentation perlu di hadap sejurus selepas raya.


Keh keh keh.. itu jela yg saya ada utk raya tahun 2009 ni.


Tahun ni tak dapat pasang panjut sbb keliling rumah bersepah sbb construction. Isk. Tak best la raya takde panjut. Tahun lepas sakan saya pasang panjut sensorang sbb nak tarik feel raya. Tahun ni cadangnya saya nak pasang pelita kat balcony baru. Tapi tak siap lagi. Jadi takdelah nampaknya. Kekonon nak layan main bunga api sensorang kat balcony tu. Ajak mak abah saya sekali join. Tapi dah depa pun tak berapa sihat batal jela niat tu. Itulah namanya "kita merancang Allah menentukan". Mesti ada hikmahnya kan yg saya tak tahu.

102. Checklist raya

Aidilfitri tahun ini saya agak kelam kabut. Dengan emak yg sakit lutut hingga tidak boleh berjalan. Dengan abah yg baru saja selesai operate mata kedua-dua belah. Jadi saya agak kelam kabut ke sana ke mari seorang diri. Mana rumah perlu di kemas dan di hias. Mana pintu perlu di pasang extra safety lock. Mana sekitar rumah yg bersepah gara-gara construction yg belum siap. Memasak utk berbuka lagi. Masak sahur lagi. Perghh.. patutlah saya belum berkahwin dan punya anak-anak. Kalau tidak tentu lebih parah.

Namun begitu raya perlu raya kerana sudah berpuasa kan. Perlu juga meraikan kemenangan melawan segala hawa nafsu nafsi. Jadi seperti kata emak, semangat raya jgn pudar. Walaupun beliau sendiri tidak berdaya berjalan seperti biasa.

Apa yg saya sudah dan perlu buat utk raya ni?

1) Kemas rumah (susun perabot, buang habuk, vacuum karpet) - checked
2) Mop lantai (minta tolong bangah jumaat nanti)
3) Gubah bunga (kalau sempat)
4) Susun bekas kueh raya (malam raya pun sempat lagi)
5) Baju raya (nanti member hantar malam raya)
6) Gosok baju raya abah, adik, emak & saya (adoiii.. berpeluh ler)
7) Beli bahan masak (bangah tolong beli)
8) Sediakan bahan memasak (jumaat potong bawang)

Isk.. jangan ler saya sakit belakang lagi.