
Tak banyak pun yg saya ambil. Cuma 20 balang sahaja. Saya bukannya penjual cookies yg tegar sangat la. Suka suka aje.

Utk order raya kali ni saya sertakan coklat Cadbury Old Gold (yg tiada di pasaran Malaysia, hanya utk eksport ke India) sebagai free gift. Maklumlah stok coklat berlambak di rumah. Utk raya ni pun byk dah standby utk bagi bebudak yg datang beraya (rumah saya memang terkenal di kalangan orang-orang terdekat sebagai syurga coklat sbb makcik saya kerja di kilang Cadbury).

Sedia utk diedar. Lima balang utk aisyah dan eyzzah sekeluarga dan sebalang utk kawan lama saya masa sekolah menengah yg bekerja di MBSA. Kad raya pun saya bagi la jugak sebagai tanda kenangan.
Cerita hari ni pulak..
Hari ni mak saya sakit kaki lagi. Sakit lutut lebih tepatnya. Biasalah orang-orang tua memang senang kena sakit lutut. Jadi dah jadi kebiasaan saya sekarang bangun awal sediakan sahur. Pukul 4.30 pagi dah bangun. Panaskan nasi. Kalau ada lauk panaskan lauk dlm microwave. Kalau takde lauk saya goreng telur dadar je. Lepas tu bancuh air nutrimeal Hadis. Cukup utk melapik perut sepanjang hari berpuasa.
Jika di hari biasa emak yg rajin mendobi pakaian seisi keluarga, kali ini dah jadi tugas saya. Kutip kain baju di setiap bilik dan masukkan dalam mesin. Mana yg tak boleh basuh dengan mesin saya masukkan dalam mesin basuh separa auto. Hehe.. jadi cuma arah mesin godek gedek gedek lepas tu saya bilas secara manual. Hari ini juga saya turunkan semua langsir dapur basah dan bilik jemuran dan rendam. Sudah lama tidak berbasuh sudah kelihatan jelik sedikit. Mood raya kalau boleh rumah mahu bersih sebersihnya. Baru ada semangat waja. Bukan bermakna tidak raya rumah kotor ya. Tolong sket! @#*&**)(# <--- simbol apakah?
Hehe.. petang pula saya ke bazar stadium mencari otak-otak kegemaran abah. Sudah beberapa hari abah hendak makan tapi tidak membeli. Jadi abah sudah mahu merajuk. Secepat kilat saya keluar mencari. Saya beli 20 batang. Huhu.. semasa berbuka abah menangis melihat otak-otak. Dan menghadiahkan saya 7 batang utk saya ngap.. hehe.. terima kasih! Kenyang sungguh!
Esok mahu buat apa pula? Mungkin mengemas rumah dan menghias ruang tamu la kot. Raya sudah dekat. Saya sedih sbb ramadhan sudah mahu pergi.
:((
Tiada ulasan:
Catat Ulasan