Khamis, Ogos 06, 2009

Mengirai duit secara berilmu

Hari ini seperti kebiasaan saya ke UM. Ada kelas pukul 3 petang. Pukul 2 saya sudah bergerak. Semasa perjalanan saya merenung ke dashboard. Oh! Minyak sudah tinggal setengah takuk. Perlu isi jika mahu pulang nanti dgn selamat. Hehe.. saya sudah ada sejarah kereta berhenti di tengah jalan gara-gara kereta kehabisan minyak tahu! Saya singgah di Shell berhampiran MAHSA. Tobat tak mahu isi di situ lagi. Sudahlah pekerja kaunter itu lembab tidak mahu melayan saya yg kerisauan lambat ke kelas, sedang saya mengisi minyak pula pacu minyak (betulkah penggunaan istilah itu?) berhenti di angka RM5. Cait! Ingat saya isi minyak motorsikalkah dgn harga RM5? Nasib baik ada seorang uncle kerja di situ lalu. Saya suruh dia beritahu orang kaunter tambah lagi RM5 sbb saya sudah membayar RM10. Huh!

Usai mengisi minyak saya menuju UM tanpa lengah. Tetiba terdengar bunyi siren. Ambulanskah? Poliskah? Rupanya polis. Semacam ada orang besar nak lalu. Saya lihat polis itu block jalan masuk ke UM itu. Di pintu masuk UM pula ramai sekuriti beratur. Ada apa itu? Di sepanjang jalan menuju fakulti pula tiada sebuah pun kereta kelihatan. Saya cuak juga. Rupanya ada eventlah. Raja Nazrin rupanya. Kalau saya tahu pasti saya berhenti dan senyum. Cewah!

Hari ini di tempat parkir saya lihat kereta tidak banyak seperti selalu. Mengapa ya? Saya agak mungkin tidak ramai membawa kereta gara-gara restriction memiliki sticker baru-baru ini. Kemudian saya menuju ke kelas saya di tingkat 4. Belum pun sampai tingkat 4 rakan saya memberitahu kelas dibatalkan. Isk. Penatnya saya naik tangga. Kalau tahu lebih awal mungkin saya boleh melepak di rumah dan menggemokkan lagi badan. Keh keh keh..

Bak kata rakan saya 'Ada hikmahnya'. Saya ajak diskus tentang assignment di Postgraduate Lounge. Lepas diskus 10 minit dedua macam cacing kepanasan. Memang sungguh tak boleh blah bila perasaan tidak bersedia. Namun begitu sempat juga diskus bahagian introduction SAHAJA! He..He..He..

Saya dan rakan kemudian mengambil keputusan ke Pekan Buku. Membelek buku sehingga hilang pedoman. Akibatnya lebur juga wang saya RM50. Isk. Sangat tidak boleh berdisiplin dgn buku. Saya membeli sebuah buku berkaitan dengan assignment dan sebuah lagi buku agama sebagai panduan hidup. Pergh! Tak lupa juga sebuah buku utk abah. Beli lagi utk abah walaupun Isnin lepas baru membeli 2 buah buku utk beliau di Pesta Buku Selangor. Ini adalah kes 'Anak borek, Bapak rintik'. Heh! Sengaja diterbalikkan sbb saya yg membeli kan? (Tetiba terfikir. Apa maksud borek dan rintik itu?) Oh ya.. saya juga membeli majalah Rasa Julai. Sampai di rumah saya tengok edisi itu sudah pun saya beli. Jadi saya ada 2 majalah Rasa edisi Julai. Hampeh! Ada sesiapa nak beli tak? Below cost pun tak apa. Eceh!

Apa lagi nak cerita? Tiada apa. Esok kalau rajin saya bercerita lagi.

Selamat malam!

2 ulasan:

lily lotus berkata...

ok esok smbg citer lagi ekk ;)

Eiyra Mokhtar berkata...

hehehehe..