Selamat pagi.
Selamat pagiiii!!!!
Selamat pagi...
Heh~! Mengapa dengan saya? keh keh keh.. kah kah kah.. ok. Seperti berlaku kecelaruan minda sedikit. Jangan di layan.
Next!
Malam tadi saya mimpi abah lagi. Syukur dapat tengok abah lagi walaupun dalam mimpi. Eh.. roh saya jumpa roh abah saya tahu. Yelah tu.
Pagi ini terbau emak sedang memasak nasi goreng. Nasi goreng emak adalah kegemaran saya dan abah. Setiap pagi dulu saya dan abah selalu berebut hendak lebih. Hehe.. kenangan. Kenangan. Sekarang tinggal saya je yg akan makan. Tiada lagi geng berebut minta nasi goreng lebih. Emm... pasti emak menangis lagi sewaktu menggoreng nasi itu. Sekarang saya perasan setiap pagi emak akan menangis kerana teringatkan abah. Sabarlah wahai emak..
Sekejap lagi saya mahu membawa emak ke Tesco. Barang dapur sudah hampir kering kontang. Pergi awal supaya saya dapat rehat di dalam rumah dan membaca buku.
Heh~! Sebut pasal membaca buku. Malam tadi saya hanya membaca buku sebanyak 2 muka surat sahaja. Exam sudah semakin hampir tapi saya masih lagha. Oh.. memang tabiat saya study last minute.
Akhir kata, sambutlah salam mesra dari saya. (Tetiba ayat skema giler. Sah masih celaru minda. Harap maaf!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan