Khamis, November 12, 2009

131. Penyibuk yg Sibuk

Saya sekarang sedang sibuk. Sibuk dengan urusan persediaan majlis kahwin adik saya. Rumah perlu dikemas rapi. Semalam saya selesai menyusun atur semula kitab-kitab peninggalan abah. Sayang sungguh dengan pusaka berharga tersebut. Walaupun saya tidak handal berbahasa arab namun peninggalan itu tetap akan saya simpan dan jaga dengan sebaiknya. Insyaallah. Mujur basic arabic saya tidak pudar. Amat berguna utk saya menyusun kitab yg berjilid-jilid mengikut tertib.

Cerita lain, hari Isnin yg lalu saya membawa emak ke Mydin Mall. Tujuannya adalah utk membeli souvenir utk tetamu di majlis wedding itulah. Kali ini tasbih menjadi pilihan. Jika dulu wedding bangah kami beri jam kecil Ikea. Pemilihan tasbih adalah kehendak bakal pengantin sendiri ya. Harap maklum.

Emak kata dia hendak ikut ke mana sahaja saya pergi kerana tidak tahan duduk di dalam rumah sepanjang masa. Saya tahu emak masih struggle memujuk hati yg lara. Tak kisahlah. Ada juga teman saya ke mana-mana. Jika dulu sewaktu hayat abah pun kalau boleh abah tidak mahu saya keluar rumah berseorangan. Bimbang katanya.

Hari ini saya menyuruh emak menjahit langsir. Dia perlu buat sesuatu utk melekakan diri. Kalau saya, saya memilih menghabiskan bacaan berpuluh-puluh novel yg belum berusik. So far saya dah masuk novel kedua. Mula membaca sejak habis exam ari tu. Syukur masih boleh melatih diri terus membaca. Kali ini saya ketepikan dulu novel-novel melayu kerana hendak mengasah semula english saya yg sudah mula kedaung. Risau woo..

Oklah. Tak ada yg menarik utk di kongsi bersama peminat (Ceh! Ko ingat ko artis Cik Mont!). Akekekekekek..

Tata.

Tiada ulasan: