Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Sudah habis exam maka sudah merdeka.
Seusainya saya menulis kertas peperiksaan tadi saya terus keluar dari bilik peperiksaan. Perkara pertama yg saya buat adalah menelefon emak di rumah.
"Hello.."
"Hello.. haa.. dah?" Seperti selalu itulah ungkapan pertama emak setiap kali saya usai peperiksaan.
"Dah.. nak balik dah ni"
Sewaktu di dalam kereta saya teringat abah. Selalunya bila saya pulang saya akan membeli makanan kegemaran abah. Dan selalunya abah akan menunggu kepulangan saya. Sama ada di depan pintu. Atau pun di ruang keluarga di kediaman kami.
Tapi hari ini, kepulangan saya hanya di nanti emak seorang. Menyedari hakikat ini saya menangis sekuat hati di dalam kereta.
"Abah.. orang dah habis periksa", kata saya sambil menangis.
Menyedari diri hampir hilang kawalan saya lantas membaca al-Fatihah berulang kali.
Dan benarlah, kuatnya saya sekadar menunggu selesainya exam.
Dan kini airmata berderai lagi.
Selepas membaca yasin sebentar lagi saya dan emak ada misi mengemas bilik tidur abah ini.
1 ulasan:
ira..masa akan mengubat kesedihan, tapi mahu menunggu masa yang berlalu itu memang payah..
setiap kali eiyra menulis pasal abah eiyra, akak mesti menangis..takut mahu menghadapi saat seperti apa yang eiyra hadapi sekarang...
Catat Ulasan