Haaa.. jangan tak tahu. Hari ini saya menjadi tukang rumah sat. Akekke.. tapi bukanlah sampai tahap kedebabom dezass sangat la kan. Takat drill pintu pasang selak.. pasang curtain railing bolehlah. Kisahnya saya perlu selesaikan kerja-kerja di rumah lama kami yg hendak disewakan. Kerja-kerja mengecat dan lain-lain sudah siap. Yg tinggal cuma pasang curtain railing dan check plug point aje. Pasang curtain railing saya dah siapkan tadi. Cuma tukar plug point saya gerun sikit nak buat. Bab-bab elektrik ni memang awal-awal saya angkat bendera putih la. Hal lain takpe.
Hari ini emak temankan saya buat semua kerja itu. Semasa balik dari kedai hardware tadi kami sempat lunch rojak mamak dan cendol. Makan dalam kereta order kot tingkap je. Haaa.. ingat McD je boleh order kot tingkap kah? Akekekek..
Selesai kerja di rumah sewa itu sambung pulak kerja pasang selak pintu di rumah kediaman kami yg rosak. Dan untuk keselamatan lanjut saya tambah selak lagi di pintu-pintu yg saya fikir mudah bolos.
Selepas siap semua saya berkata pada emak, "Mak.. lepas ni orang ingat nak ambil upah pasang rail langsirlah. Toolbox pusaka ni nasib baik ada. Mudah kerja".
Hehe.. ya. Toolbox pusaka peninggalan abah yg ada drill berjenama Bosch serta lain-lain alatlah yg memudahkan kerja-kerja saya. Kata apa saja. Pasang frame gambar? Pasang selak pintu? Pasang rail langsir? You name it. Hihi.. statement berlagak giler.
Tapi, memang saya sayang sangat toolbox tu. Beria saya susun semua benda yg ada dalamnya elok-elok.
Anda nak upah saya tak? :p
p/s: perasan tak entri ini mengandungi perkataan berganda yg banyak?
Hiks..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan