Selasa, November 03, 2009

129. Bersediakah berhibernasi?

Salam Selasa.

Isk. Dah hari Selasa rupanya. Cepat sungguh masa berlalu sekarang. Tidak sampai 48 jam dari sekarang saya akan menghadapi peperiksaan akhir utk semester ini yg kedaung. Kepada readers yg baik hati tolong doakan saya k.

Malam tadi saya target hendak menghabiskan bacaan 2 bab. Tapi hakikatnya yg saya berjaya sudahkan adalah hanya setengah bab. Tak kisahlah. Yg penting bacaan itu berkualiti. Bacaan dikira berkualiti jika apa yg di baca masuk ke dalam kotak pemahaman. Dan menjadi tidak berkualiti dan sia-sia jika bacaan hanya sekadar renungan mata sahaja tanpa pemahaman. Gitu ya adik-adik. Hiks..

Sekarang saya perasan waktu tidur saya adalah kembali normal. Jika sebelum ini semasa hayat abah saya sentiasa tidur lewat hingga kekadang mencecah subuh tetapi kini pukul 10 malam sahaja saya sudah kedaung. Pagi tadi saya terdengar emak berkata "Malam tidur awal. Baca buku entah berapa ketul yg dapat". Hihihi.. Mak.. peace mak :p

Akibat dari bacaan yg tidak habis malam tadi maka mulai hari ini saya akan berhibernasi seperti beruang kutub di musim sejuk. Heh~! Jadinya saya tidak akan mendekati internet hinggalah selesai peperiksaan saya itu. Sila merindui saya wahai readers kelompok kecilku :D

Wish me luck everyone~!

Semoga jumpa lagi.

Wassalam.

2 ulasan:

shakirah_kiyo berkata...

salam ziarah cik mont... Selamat berjaya untuk peperiksaan kali ni.. Sy bace previous entry cik mont.. Sgt sdeh...Menitis gak air mata time bace nih. Semoga arwah ditempatkan bersama kekasihNya. Sy takut jugak klau kehilangan ayah.. huhuhuhu....

lily lotus berkata...

all the best dear...