Isnin, November 30, 2009

142. Gemok tiada yg hingin?

Entri ini adalah bersifat subjektif. Yeke? Entah ler. Meh baca dulu.

Bebaru ni masa anak-anak buah saya pulang berhari raya saya sempat bercerita macam-macam perkara. Antaranya ialah saya yg gemok.

Budak 1: Yg datang malam tu tunang Pak Usu ya mommy? (Mommy adalah panggilan baru utk saya ..weheeee)

Mommy: Ya..Itulah Mak Usu nanti.

Budak 2: Ooo.. hari tu Mak Ngah (read: bini Bangah) lepas ni Mak Usu.

Mommy: Haah.. cuma daddy je yg tak ada (merujuk kepada partner saya). Kita gemok jadi tak ada lelaki nakkan kita. Ada orang tu cakap badan kita macam rumah flat (read: lemak bertingkat-tingkat).

Budak 1: Hisshh.. mana ada macam tu.

Budak 2: Siapa yg cakap macam tu haa mommy?


(Dan muka mommy yg gemok gedem ni pun sedih)

Kononnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. huhu.

Tapi perihal orang mengata badan saya seperti rumah flat itu adalah cerita benar. Tiada yg tidak benar melainkan benar belaka.

Tak pela..

Badan mak biar mak tanggung nok!

3 ulasan:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, berkata...

eiyra macam tayar yokohama jugakan? macam akak skrg ni..tapi suami cakap.jangan kurus..nanti orang tengok akak terlalu kecil untuk dia..ha.ha
jodoh semua ditangan tuhan eiyra..akak pun berkahwin lambat walau masa kahwin tu..berat cuma sekitar 60kg shj..

Eiyra Mokhtar berkata...

hehehe.. tayar yokohama? akekeke..

MyTechz berkata...

ehem!!!!!