Apabila di suruh tunggu maka menunggulah ia.
Hehehe.. bunyi macam gerun dan seram je kan. Tapi sila tidak berasa begitu. Penunggu yg saya maksudkan di sini ialah merujuk kepada aktiviti terkini saya dan emak saya.
Kisahnya emak dan saya di suruh tunggu rumah makcik saya nan satu itu yg sedang direnovasi. Progress kerja adalah menuju ke tahap terakhir iaitu hanya tinggal kurang dari 10% sahaja.
Jika tiada aral seminggu sebelum bulan Ramadhan akan diadakan kenduri tahlil arwah dan doa selamat disini. Dan sebelum majlis tersebut berlangsung menjadi tugas saya membuat final touch up di sana sini. Insyaallah.
Mujur saya sudah subscribe DiGi Internet. Bayaran bulanan adalah RM68. Ambil yg paling murah saja. Maka mudahlah saya beronline. Kalau tidak pasti bosan.
Lagi 2 hari birthday saya yg ke 32 tahun. Masa makin pantas. Harap2 semuanya makin baik. Amin.
Jumpa lagi nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan