Semalam saya menonton filem Titanic di TV2. Di PA ni memang tidak ada Astro. Jadi mahu atau tidak stesen tv kerajaan dan sedikit pilihan stesen tv swasta sahaja menjadi habuan mata dan telinga.
Dulu sewaktu filem Titanic ini baru ditayangkan saya menonton tanpa perasaan. Saya menonton ketika itu hanya kerana orang lain juga heboh menonton. Maklumlah ketika itu umur masih muda dan belum matang. Jadi penilaian apa jua segi adalah kabur dan tumpul.
Namun begitu perasaan menonton filem itu malam tadi adalah berbeza. Sambil menonton hati dan fikiran saya dok berputar2 dan sibuk mengkritik itu ini. Saya jadi benci dgn watak Cal (si orang kaya tunang Rose) dan beberapa watak orang kaya yg lain. Sombongnya. Seakan menongkat dunia. Saya juga jadi kasihan pada watak2 orang kebanyakan. Tapi ada juga sikap jelik yg saya tidak gemar juga. Seperti ketika mereka berpoya2 dan bersuka2. Bising! Seakan tiada moral. Oh! Saya menyampah dgn watak Rose juga. Orang sedang panik kapal mahu karam dia masih ada masa bercium cup cup sama Jack. Buang masa sungguh. Kan Jack dah mati beku! Huh!
Saya rasa hidup ni mesti sederhana saja. Jika terlalu kaya kita mudah lupa. Jika terlalu miskin kita akan compang camping di sana sini. Jadi bersederhana lebih baik. Namun demikian apa jua kemegahan dan kebanggaan kita di dunia ni tetap tidak boleh melawan kebesaran dan keagungan Allah. Konon berjaya mencipta sebuah kapal yg tidak boleh karam tapi apabila terlanggar sedikit ciptaan Allah terus terbelah dua. Jika mahu di ukur saiznya bongkah ais dan kapal adalah jauh. Tapi bila terlanggar bucu sedikit kapal yg gah sudah karam.
Jika dulu saya menonton dengan emosi yg kosong, kali ini jiwa dan emosi saya terasa penuh. Saya mengalirkan air mata menyaksikan betapa takut dan gerunnya kita di saat menempuh bencana dari Allah. Serius. Saya jadi takut. Saya juga kesal dgn sikap zalim dan busuk hati sesetengah orang kaya yg langsung tidak menghiraukan nasib orang lain. Masing2 sibuk melepaskan tekak, nafsu dan diri sendiri. Saya jadi tidak simpati pabila Cal akhirnya membunuh diri bila business tidak menjadi. Iman kosong kan. Begitulah jadinya.
Akhir kata, (cececee ayat.. formal la sgt kan) janganlah kita pandang remeh pada sebuah naskhah karya seseorang. Jika di tonton menggunakan hati serta akal fikiran yg waras pasti byk faedah dan pengajaran yg kita dapat. Begitu juga pada students2 yg mahu mengasah English mereka. Anda boleh dengar dan tahu bagaimana native speakers menuturkan perkataan2 dan juga penggunaannya dalam konteks perbualan.
Semoga kita semua terus dapat menilai dan melihat semua perkara mengguna hati dan akal fikiran yg waras serta sentiasa berlandaskan iman yg jitu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan