Jumaat, Julai 09, 2010

Mee goreng pinggan kecik telur mata

Bagi dua pinggan ya.

Satu utk saya. Satu utk mak. Emak saya ni apa yg saya makan itulah yg dia ikut makan. Melainkan mkn nasi campur je dia tak ikut saya. Sbb dia akan dgn senang hati mengambil apa sahaja lauk yg dia teringin. Sedangkan saya kebiasaannya adalah skema. Hanya ambil seketul ayam atau seekor ikan atau sesenduk sotong, sayur dan nasi putih 2 senduk. Kebiasaannya juga nilai pinggan saya adalah lebih murah. Ngeh~

Tengahari tadi emak makan masakan dia sendiri. Sbb saya keluar ke UM. Pergi memulangkan buku yg dipinjam. Saya pulang ke rumah pukul 4 ptg. Jalan sesak sbb ada lori rosak. Typical malaysian kalau ada kenderaan rosak atau accident akan memperlahankan kenderaan utk melihat dgn teliti. Jadi jalan sesak teruk. Lenguh kaki. 

Utk dinner malam ni saya ajak emak ke mall berdekatan. Saya konon nak intai ada tak jual novel LBS di kedai buku tu. Tapi tiada. Mungkin dah habis. Jadi saya malas nak cari lagi. Sudahnya saya beli 3 DVD. Layan DVD jela lagi vasss. Saya dan emak makan di Pelita. Order mee goreng ‘mamak’ dan telur mata. Saya baru discover yg mee goreng di Pelita adalah standard. Tiada istilah ‘mamak’ atau mee goreng biasa. Standard rasa mee goreng tu biasa biasa je. Lain kali malas mahu makan mee goreng di situ. Sedang enak mengunyah tetiba ada segerombolan manusia (mungkin satu famili) masuk kedai dan duduk sebelah saya dan emak. Fine. Tak kisah lah nak share meja pun. Tapi segan juga sbb yg duduk tu lelaki. Dekat pulak tu. Tak pasal2 keluar fitnah kang. Kami makan cepat2 dan blah. Nampak macam bukan orang sini. Sbb slang percakapan adalah pelik. Mungkin famili yg hantar anak ke ipta/ipts area sini kot. Atau melancong ke?

Malam ni panas la kan. Air cond bilik ni kehabisan gas agaknya. Langsung tak sejuk. Sudahnya saya cabut semua mentol pada kipas berlampu tu dan on kipas full speed. Still panas juga. Tambah lagi kipas dinding. Bilik abah ni mujur byk kipas sana sini. Esok kena call org servis aircond. Boleh semput saya tidur panas macam ni. Saya ni sejuk sgt tak boleh. Panas pun tak boleh. Sbb kalau panas saya akan on kipas sekuat mungkin. Dan itu seringkali menyumbang kepada pembentukan kahak hijau pada keesokkan hari. Hahahhaha.. geli kan. Sbb tu dulu masa buat kpli saya tak teruskan tinggal di Cheras. Sbb itulah. Macam2.

Esok ada agenda lagi. Sejak akhir2 ni hari2 asik penuh je. Takde masa langsung bermalas2.

Okla.. saya nak sambung baca buku. Dan tidur.

Goodnite everyone.

signature

Tiada ulasan: