Hari ini genap umur saya 32 tahun. Sudah semakin tua. Harap2 life semakin baik. Tidak perlu terlalu boombastic. Cukup sekadar bahagia, tenang dan dilindungi Allah sentiasa.
Dalam debar menuju umur yg semakin meningkat saya merasa gerhana di hati. Saya sedih sbb kucing saya Mayonese di langgar orang. Saya sedih sbb Mayonese masih belum balik dari klinik. Saya sedih sbb Mayonese masih tak boleh makan sbb kecederaan pada muka. Saya suspek tulang rawan hidungnya patah. Disebabkan sakit Mayonese tak mahu makan langsung. Semalam sewaktu melawat Mayonese tak mahu pandang saya. Emm.. :(((
Semakin berusia saya semakin yakin kegembiraan itu datang dan pergi. Namun begitu kesedihan sentiasa bertapak dijiwa.
Di dalam dunia ni ada org suka dan ada org tak suka pada kita. Walaupun antara satu sama lain tiada kaitan langsung. Walaupun saya langsung tidak peduli akan kehidupan orang lain. Tapi saya hairan org selalu berhasad dengki dan cemburu hati melihat saya. Dan semakin lama saya semakin malas mahu mengambil tahu. Saya semakin bosan bergaul dengan manusia spesis begitu. Spesis yg sering mengatakan org lain salah, org lain tak betul sedangkan dia sendiri belum tentu sempurna atau tidak. Sekadar pandai bercakap lepas dan menunjuk alim tapi tanpa sedar melukakan hati org lain. Saya tidak tahu apa mereka punya lesen menyakitkan hati org lain sbb mereka itu kononnya sudah sempurna di mata kelompok mereka?
Pesanan saya: Lead your own life. Dont bother to hurt me coz you’re 150% nobody!
*Tindakan kau buat aku makin benci org spesis kau. Yg kononnya serba sempurna padahal kau juga manusia biasa seperti aku.
Apapun,
SELAMAT HARI JADI YG KE 32 TAHUN PADA SAYA…
2 ulasan:
happy birthday ya =)
semoga happy2 selalu !
tq mass :) *kiss auji*
Catat Ulasan