Ahad, Julai 11, 2010

Request

Dulu masa sekolah selalu je ada request2 ni kan. Request bunga la. Request buah la. Tapi satu request pun saya tak pernah dapat. Hehehe.. dan utk request hadiah dari diri sendiri kepada diri sendiri adalah bukan saya. (Saya suspek ada je yg buat camtu kan? Ngeh~)

Request yg saya nak cerita hari ini adalah request masak nasi minyak dari ahli keluarga. Maka nasi minyak lah menu makanan hari ini. Nasi minyak saya kebiasaannya adalah tidak menggunakan minyak sapi mahupun butter ataupun marjerin. Saya guna minyak masak biasa je. Atau kdg2 kalau kesedaran utk sihat adalah lebih maka saya guna minyak bunga matahari. Rasanya? Sedap tau.

Lauknya pula kari daging dan kentang, ayam masak merah dan pulut kuning makcik saya masak. Jantung pisang pun ada. Tu jumpa kat rumah PA saya hari tu. Pokok pisang saya dah berbuah. Seronok.

Akhir kata (tak tahu nak cerita apa dah), saya nak quote ni..

“Selemah-lemah kenduri adalah apabila makan beramai2 bersama ahli keluarga yg dimulakan dgn doa dan disudahi dgn perut kenyang suka hati”

Hehehe.. itu quote saya. Sila terima jika bagus. Sila nyah jika tak bagus.

Sekian.

signature

Tiada ulasan: