Khamis, Julai 22, 2010

Penat penat penat

Dah dua hari saya missed bagi ubat pada Mayonese. Mayonese ni mmg tak boleh dipegang. Jadi nak bagi ubat agak payah sikit. Tapi takpe. Nampak dia semakin sihat dan comel. Sudah boleh berlari2. Dah jadi rutin saya pepagi kena tengok Myo dan keluarkan dia bagi dia exercise. Lepas tu bagi dia makan. Dia pun sejak trauma ni nampak ‘baik’ sikit. Kalau tak ‘gedik’ semacam. Hehe..

Seminggu dua ni saya sakit dada kiri. Entah salah urat ke apa pun tak tahu. Nak ke klinik malas. Pagi tadi sakitnya agak berat. Berat dari biasa. Masa hendak ke pasar rasa sakit sangat. Nak angkat tangan pun berasa sakitnya. Balik dari pasar saya rebus halia. Minum air halia rebus tu. Kot2 boleh buang angin. Risau jugak.

Lately memang hidup saya berterabur. Haha.. entah betul entah tak istilah ni. Tapi macam tulah ibaratnya. Ke sana sini tak duduk diam.

Penat ler.

Isk..

signature

Tiada ulasan: