Isnin, Oktober 11, 2010

Selesai satu per satu~

Alhamdulillah.. selesai sudah kenduri tahlil arwah abah dan aqiqah utk budak kecit. 6 Zulkaedah ni genap setahun abah pergi. Rindu tetap ada. Segala kenangan tetap segar di ingatan dan kotak fikiran. Tak nak elaborate lebih. Simpan dalam hati saje.
Persiapan utk majlis tu kali ni saya buat step by step. Sbb sudah terima hakikat segalanya kena buat sendiri. Dengan masa yg terhad, dengan tenaga yg tak berapa kerat. Jadi perancangan kali ni perlu ikut plan yg telah ditetapkan. Saya hantar surat jemputan sampai pukul 12 tengah malam you! Rumah semua dah la sunyi sepi belaka. Langsung takde org di jalanan. Sudahnya surat2 utk jiran2 di lorong rumah saya di tangguh hantar esoknya. Tak sanggup nak turun naik kereta tetengah malam. Kang tak pepasal ada yg dok menegur. Hishhh…
Ruang hall rumah pulak memang dari hari Rabu dah di siapkan. Bentang tikar semua. Tolak sofa ke tepi. Setting awal senang.
Pagi Sabtu ni saya ada kelas. Macam biasa malas nak bagi sebab tak hadir. Memang malas nak cakap banyak. So walaupun tahu akan penat tetap pergi kelas jugak. Tak boleh biasakan diri ponteng2 ni. Tak elok utk sahsiah diri. Cewah! Tapi betul la. Saya tak suka ponteng sbb nanti tak dpt ilmu yg pure dan nanti tak tahu apa perkembangan semasa. Nak tanya org bukan sama dgn apa yg kita dengar sendiri.
So kaedahnya… Sabtu adalah busy dari pagi sampai ke malam. Sbb tetamu yg last (kwn sekolah mak) balik lepas solat maghrib kat sini. Dan tak sangka suami kawan mak tu rupanya penulis. Bukan calang2 penulis pulak tu. Nama dia Md Saleh Mahyat atau nama penanya Musalmah Mesra. Walaupun saya tak pernah dengar tapi bila berhadapan dgn org yg ada kelebihan ni memang saya kagum. Terus tanya macam2 sampai malas org tu nak layan. Haha…dan bila saya google tentang penulis tu rupanya pernah menang tulisan biografi hadiah Esso & Gapena suatu ketika dulu. Kelass… pakcik tu kata “Satu tips nak menulis kita kena peka dgn sekeliling dan bila tengok orang kita baca sekali hati perut org tu”. Hati perut? Hahaha.. bahasa kampung Perak ni. Best betul! Terus faham dgn jelas dan terang. ^__^
Cakap pasal menulis emak ckp saya ada bakat menulis. Cehh.. saya sendiri pun tak rasa saya ada bakat camtu. Tulis blog pun terhegeh2 macam mana nak menulis lebih lanjut kan. Tapi takpelah. Mana tahu kata2 emak masin pulak kan. Saya pun memang setiap hari cuba perbaiki skil penulisan supaya menjadi bertambah baik dan baik. Saya memang suka observe orang dan sekeliling. Tapi saya ni malas nak tulis. Kadang2 bila saya ‘baca hati perut’ orang saya selalu ckp2 dlm hati saje.
Ok… enough pasal tu semua. Sekarang dah hari Isnin. Sabtu ni kena submit satu paper lagi. Tak sangka semester ni byk betul paper nak kena submit. Time management saya pulak memang tak berapa bagus. Jadi byk kerja kena buat under pressure i.e last minute punye daa…

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

Tiada ulasan: