Ramai orang yg pernah pegang beg saya akan memberi response seperti ini:
“Ekau ni bawak batu ko? Borat bonar beg ekau ni”. – bukan tertakluk kepada bahasa itu sahaja bahkan bahasa lain juga.
Entah ler. Saya memang suka sumbat macam2 dalam handbag. Beg murah ke beg mahal ke (ada ke beg mahal? :p) sama je kaedah beratnya nok. Rasa kurang lengkap kalau ada yg tertinggal.
Contohnya macam beg merah yg tersembul tu. Dlm tu saya isi ubat. Macam2 jenis ubat. Panadol la. Panadol Menstrual la. Actal la. Dan pil2 lain yg dirasakan perlu. Minyak pun ada minyak kapak la, minyak cap singa la dan vicks. Vicks tu termasuk inhaler dia juga sbb kalau pernafasan rasa tak lancar saya tak suka guna Ventolin Inhaler. Saya sedut je Vicks inhaler tu. Lagi nyaman.
Purse kaler pink cap Anna Sui tu dah buruk. Nak cari yg lain tapi tak jumpa lagi yg best dan berkenan di hati macam tu.
Dlm beg tu juga ada set kunci. Kunci rumah sendiri dah tentu. Siap set kunci rumah makcik pun ada dlm tu. Rumah PA lagi. Mana tak berat. Dgn duit syilingnya sebeban. Tu belum masuk botol air lagi ye. Hehe.. ^__^
Oh.. lagi satu penyumbang berat. Buku. Satu buku mesti ada utk bahan membunuh. Bunuh masa la nok.
So imagine la. Berat kan? Dgn berat badan lagi. Ehh.. ke situ pulak. Sentap mak tau.
Wek!
Signing off,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan