Jika dulu masa sekolah ustazah saya kata tanggungjawab anak lelaki pada ibu bapa sampai mati. Anak perempuan pulak apabila berkahwin fokus utama pada suami. Itu yg telah tertanam di skema otak saya bertahun2. Dan rupanya ustazah saya tu salah ajar kah?
Kerana menurut blogger tersebut apabila berkahwin tanggungjawab anak lelaki adalah 100% kepada isteri dan anak2. Ibu bapa bukan jadi tanggungjawab dia lagi. So ibu bapa sila cari rezeki dan buat kehidupan sendiri.
Oooooo… saya baru faham. Patutlah semakin ramai orang menghantar ibu bapa ke rumah2 orang tua. Patutlah airmata ibu bapa tak ada harga. Patut lah .. patut lah.. patut lah…
Kasihan pulak saya rasa. Masa kecil bukan main di tatang. Bukan main di sayang. Hinggakan kerja apa pun biar ibu yg buat. Anak jangan buat nanti anak penat. Bila anak dah ada keluarga sendiri, biar anak kena dera dgn isteri. It rhymes lagi. Lately saya memang teruja dgn ayat2 berirama ni. Keles!
So now I must change my perspectives towards family lah. Semasa kecil anak emak bapak jaga. Bila besar sudah jadi orang punye. Ibu bapa sila bersedia utk di hantar ke rumah2 org tua.
Fakta ya. Fakta.
Tapikan.. aku ni jenis kasihan. Sbb emak bapak tiada galang ganti. Sbb mata aku byk tengok kesunyian seorang bapa yg tak dipedulikan anak. Banyak tengok air mata diorg yg mengalir bila anak tak balik dan tak contact langsung di pagi raya (dan kenyataannya adalah raya yg terakhir baginya). Jadi bab yg tu aku tak boleh tolerate. Aku view hidup bukan dari perspektif macam kau. Sbb bagi aku emak abah aku hanya ada satu. Bukan macam engkau emak bapak bersepah2.
Itu baru bab ibu bapa. Yg adik beradik pula lain ceritanya. Masa kecil kita adik beradik sbb we share the same parents. Bila besar hanya tinggal part ‘we shared the same parents’ je. Tu pun terus jadi past tense sbb it’s no longer exist in my mind katanya. Gila betul. Jadi saya kena prepare utk guna wali hakim la kalau nak menikah kelak. (Wah! Nak menikah ke? LOL) Kes ketiadaan wali sbb abah dah meninggal kan. Kasihan.
So saya sekarang kena betulkan balik pemahaman saya yg lampau. It may takes time. Tetiba aku rasa macam byk benda tak baik je hidup ni dari baik kenapa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan