Beberapa minggu yg lalu saya dan emak lunch di JM Beriani House. Masa tu hari Rabu. Dan hari Rabu ada menu special iaitu Beriani Gam. To be honest saya tak pernah makan beriani gam ni. Beriani bukhara, beriani biasa2 tu pernah la. Ke pernah makan juga kat mana2 tapi tak tahu nama ek? Ontahlah. Anggap sahaja secara formal tidak pernah okay!
Saya dan emak order yg sama. Harga dia mahal sikit. Tapi masyaAllahh.. sodap I tell U! Berbaloi walau mahal sikit. (Middle class macam saya ni sepinggan makanan lebih RM10 pun dah kira mahal ya adik2.. T__T)
Oh.. kami order tauhu bakar juga tapi tak sempat nak snap pictures. Sbb sedap sangat lalu makan tanpa toleh kiri kanan.
Saya perasan kalau waktu lunch restoran ni ramai. Full house. Dan supervisor dia akan selalu pantau utk seboleh mungkin sediakan kita meja.
Oh.. saya makan ni kat Tesco aje. Senang dekat.
Apa yg saya suka sangat ya? Saya suka nasi dia yg tak terlalu muak atau terasa berat seperti mengandungi minyak berkati2. Saya suka ayam dia yg super lembut di gigit serta cair di lidah. Okay tipu. Mana boleh ayam cair. Saya suka kuah dalca dia juga. Saya suka acar buah dia paling utama. Sebagai manusia yg kekadang memilih makanan acar tu saya memang suka. Overall, sepinggan ini adalah rezeki paling nikmat di JM Beriani House.
Tetiba rasa nak pergi makan lagi. OH! Rabu kan semalam. Grrr…melepas daa…
2 ulasan:
kalau betul la beriyani house ni yg sy penah mkn kat bangi,sy mmg takkan lupe la restoran ni.ade 1 incident tu sy makan dgn family kat sini before final exam,balik tu kena sakit perut gila2.tak psl2 dpt 5 days medical leave. smpi tak amik exam la.haha kenangan betul...tp bkn sbb nasik dy la.sy makan kek dy ke ape tah mase tu..
uishh ada jual kek gak ke? hehe.. saya makan nasik je ..
Catat Ulasan