Rabu, September 16, 2009

103. Checklist raya 2

Hehehe.. (dimulakan dgn gelak ketawa tanda ceria)


Sekarang adalah checklist persiapan raya utk diri sendiri. Sempat je prepare utk diri sendiri ye dak. Itulah untungnya bersiap awal dik non.


1) Baju raya
emmm... masih pada tailor lagi lah. Tailor tu member saya. Dia dah sms kata akan hantar malam raya sbb tahun ni saya tak boleh ambil di rumah beliau sbb keuzuran emak kan. Baju raya tahun ini adalah 2 pasang baju kurung sahaja. Sengaja buat 2 pasang sbb kebiasaannya saya akan jarang pakai sbb saya kan jarang keluar rumah gitu. Lagipun nanti bulan 12 nak kenduri kahwin adik saya kan. For sure nak buat baju lagi tuh. Huhu..


2) Handbag raya
Waahh.. tahun ini ada handbag rayalah. Selalunya tak do pun sbb saya dedulu tidak berapa gemar berhandbag. Cuma sekarang sudah suka sikit. Maklumlah sudah hampir 100% feminin gitu (dulu saya tomboy ya harap maklum!).


Photobucket


Thanks to emak la sbb hadiahkan saya handbag tu masa birthday aritu kan. Saya sengaja simpan utk dirasminkan pada hari raya ini. Bergaya sket makcik rayo ni weh!


3) Kasut raya
Bab bab kasut ni tak payah tunggu raya memang laju je. Jadi nak excited bab kasut raya adalah tidak berapa excited. Namun begitu saya anggap Crocs Malindi Mango yg saya beli ari tu sebagai kasut rayalah sbb belum pakai pun kan. Matching ke dgn handbag? Ahaksss.. lantak ler tak matching pun kan. Dalam lemari kasut tu berlambak lagi kasut nak matching matching ni.

My malindi Mango


4) Spek raya
Tahun ni takde spek raya sbb spek masih ok lagi. Tahun lepas memang spek pun sekali nak raya.


5) Buku raya
Akkekekeke.. gatal lah tu ada buku raya kan. Kisahnya semalam ketika saya ke Mydin USJ utk membeli door lock ada jualan lelong buku-buku oleh Creative Enterprise. Jadi saya beli 2 buah je yg setiap satu berharga RM5. Beli je baca belum tentu ada masa sekarang kerana kerisauan melanda sbb satu assignment dan satu presentation perlu di hadap sejurus selepas raya.


Keh keh keh.. itu jela yg saya ada utk raya tahun 2009 ni.


Tahun ni tak dapat pasang panjut sbb keliling rumah bersepah sbb construction. Isk. Tak best la raya takde panjut. Tahun lepas sakan saya pasang panjut sensorang sbb nak tarik feel raya. Tahun ni cadangnya saya nak pasang pelita kat balcony baru. Tapi tak siap lagi. Jadi takdelah nampaknya. Kekonon nak layan main bunga api sensorang kat balcony tu. Ajak mak abah saya sekali join. Tapi dah depa pun tak berapa sihat batal jela niat tu. Itulah namanya "kita merancang Allah menentukan". Mesti ada hikmahnya kan yg saya tak tahu.

Tiada ulasan: