Rabu, September 30, 2009

109. Cerita raya ke?

Rata-rata blogger majoritinya sakan dok bercerita pasal raya. Yelah. Raya aidilfitri setahun sekali. Jadi semestinyalah segala persiapan dan kejadian perlu di coret utk dijadikan kenangan.


Cerita raya saya?


Biasa biasa saja.


Raya pertama dan kedua saya banyak meng'cover' tidur. Saya letihlah. Yelah kan. Dua minggu sebelum raya saya sibuk mengurus rumah gara-gara emak 'down' kerana sakit lutut. Petang di penghujung ramadhan pula 'sahabat' kesayangan (read: my beloved cat, Pn. Citamuna) pula mati gara-gara di patuk ular (note to self: misi meng'clear' kawasan dan menebang pokok perlu dijalankan sebaik sahaja rumah siap). Dan itu menyebabkan saya mengacau rendang tok dalam tangisan yg tak berkesudahan. Tugas menyediakan juadah raya dari proses membeli hinggalah ke proses memasak adalah hampir 100% terletak di bahu saya. Selalunya emak yg buat semua. Sekarang baru tahu tahap kepenatan buat semua perkara itu. Huihh..


Pagi raya pula yg ada di rumah hanya saya, abah dan emak sahaja. Adik saya ke masjid menjalankan tugas. Abg saya yg sulung tidak muncul. Abg yg kedua pun yilek.


Jadinya di pagi raya tidak ada sesi yg luar biasa pun. Tiada salam salaman. Tiada sesi bergambar pakai baju bajan raya semua. Yg ado hanya makan-makan tanda berakhirnya ramadhan. Pagi raya tu jugak saya sibuk di dapur lagi. Memasak pajeri nenas dan nasi minyak. Jadi selepas mandi pagi saya sarung uniform memasak sajalah.


Ohh.. tatkala matahari sudah menegak di ubun ubun baru bangah saya muncul bersama bini. Saya agak beliau 'berjalan kaki' dari Puchong ke Shah Alam. Dan itu menyebabkan mereka sampai selewat itu?


Selepas zuhur, seusai semua makan, saya membuta. Emak dan abah pun sama sbb tiada aktiviti menarik hendak di buat.


Malam pula, keluarga bakal isteri adik saya bertandang. Saya yg keletihan hanya menyediakan air minuman dan hidangan nasi himpit serta rendang. Saya tidak sama melayan kerana saya menyusup masuk ke bilik tidur parents saya melayan tv. He.. he..


Boring kan hari raya keluarga saya? Budak kecik takdo. Budak besor takdo. Pompuan besor je ado.


Hehe..


Nanti saya rajin saya sambung cerita seterusnya..

Tiada ulasan: