Yes. sebenornya udah dekat 3 minggu sakit giginya. Udoh berulang kali juge kena bebel suruh ke dentist. Tapi saya kedegilan. Sanggup menahan sakit gigi (or sakit gusi sebenarnya?). Berdenyut-denyut setiap malam. Apa yg saya buat kalau dah melampau sakitnya saya telan 2 biji panadol sahaja. Kadang-kadang hilang sakit. Kadang-kadang makin sakit.
Orang kata sakit gigi adalah antara sakit yg amat sakit selepas mati dan beranak. Betul ke?
"Kamu ni nak menguji ketahanan diri ke dok menahan sakit gigi tu?" kata emak.
Enggaklah buk. Saya malas sebenarnya. Tapi nanti kalau dah bosan melayan sakit gigi ni saya pergi jugak la jumpa pak doktornya.
Takut pulak melarat sakit lain pulak nanti. Manalah tahu kot kot jangkitan kuman ke kan? Haihh..
3 ulasan:
eiyra
teringat dua tahun lepas semasa ayah akak dimasukkan ke hospital pantai Melaka, ada seorang pesakit dari Indonesia.
Dia mengalami sakit2 seluruh badan, macam nak lumpuh, badan kurus..sampai berjual tanah berubat, dia ke hospital jakarta dan banyak lagi hospital di Indonesia.
Akhirnya dia ke hospital di Melaka tu atas cadangan saudara mara dia, di Melaka doc dapat cari puncanya, semuanya daripada kuman giginya yang tidak elok dan masuk ke dalam darahnya...
seminggu di hospital pantai, giginya dicabut dan dia pun boleh berjalan dan segar..
baik eiyra pegi klinik..he.he..
hah?? alamak! takutnya.. isk isk.. aduhh..
gi klinik la. bukan rongak pun kalau kene cabut. kehkehkeh
Catat Ulasan