Saya tak tahu nak cerita bagaimana. Jadi saya buat kronologi sajalah pasal Mayonese.
Khamis (15 Julai) – Birthday saya. Dgn hati yg gerhana saya ke vet jenguk Myo. Keadaan dia masih tak berubah. Masih ada bendalir keluar dari hidung. Makan pun tak mahu. Nampak masih trauma.
Jumaat (16 Julai) – Saya tak jenguk Myo langsung sbb esoknya Sabtu saya ada kelas. Jadi buat persiapan diri utk hadiri kelas pertama tu. Cuma telefon saja. Masa call tu org vet tu kata Myo sedang tunggu giliran utk surgery. Sampai malam pun tak sempat tengok. Myo pun tengah tak sedar diri jadi decided utk biarkan saja. Esok jelah pergi tengok.
Sabtu (17 Julai) – Pagi pukul 8 saya ada kelas. Kelas kedua pula mula pukul 11 pagi. Tapi disebabkan classmate saya tak hadir dan saya pun susah hati jadi saya buat keputusan utk pulang. Terus singgah ke vet. Di vet memula dengar explanation dari veterinarian tu dulu. Selesai dengar baru tengok Myo kat belakang. Alhamdulillah Myo dah elok sikit. Nampak muka pun dah ok. Mata dia yg juling pun dah betul. Dah boleh menguap seluasnya. Hidung yg bermukus pun dah kurang. Cuma nampak la hidung Myo kemek sikit sbb dah patah kan. Hehe.. Tapi yg tak bestnya dia masih tak mahu makan. Mungkin masih terasa sakit bila mengunyah kot. Saya bagi tahu veterinarian tu kalau dia masih tak boleh makan kena bagi makan guna syringe.
Ahad (18 Julai) – Vet buka lambat. Jadi tak pergi pun.
Isnin (19 Julai) – Pepagi saya dapat call dari vet. Cuak sungguh. Tapi alhamdulillah khabar gembira. Myo sudah boleh makan dan minum sendiri sampai licin. Hehehe.. syukur alhamdulillah. Dan petang semalam saya pun bawa Myo balik. Lega. Kurus sikit si Myo ni. Seminggu tak makan kan. Kesian. Balik rumah saya masukkan dalam cage. Bagi dia makan wet food. Saya tunggu dia makan depan mata saya baru saya beredar. Seminggu meninggalkan rumah nampak bingung je si Myo ni. Kelakar la.
Selasa (20 Julai) – Hari nilah ni. Pepagi saya dengar emak jenguk dan panggil Myo dari pintu. Alhamdulillah licin makanan dalam pinggan dia. Seminggu dok dalam cage dia dah bosan dah. Jadi saya lepaskan dia utk lari2 kejap kat kawasan rumah. Bila nak makan saya masukkan balik dalam cage. Saya bagi wet food lagi. Ada 3 tin saya beli kat vet semalam. Tapi dia makan sikit. Bila saya bagi kucing2 lain (Embe & Charlie) makan whiskas Myo dok meowing mintak. Saya bagi sikit. Sekali licin juga dia bedal. Hehe.. good girl! Dah boleh makan makanan keras tu baguslah. Lepas makan saya bagi ubat. Lecehnya nak masukkan pil dalam mulut dia. Nasib baik pil tu kecil. Tapi pil kedua saya hancurkan masuk dlm syringe. Bila dia dah rasa ubat tu tak sedap terus tak nak makan ubat ketiga. Kena tunggu petang baru boleh bagi ubat utk sel tu.
Harap2 semuanya makin baik. Hehe.. ending camni jela.
Tata.
3 ulasan:
semoge myo cepat sembuh and awak boleh main2 dgn dy semula :)
cepat sembuh yer untuk dia :)
Tq yer.. :)
Catat Ulasan