Jumaat, September 17, 2010

Bila raya akan sakit tekak

Maunya tak. Masa raya ni la byk nau minum air batu. Kalo tak raya minum chill water saje. Cecece.. dedua tu sejuk gak. Takde maknanya chill lebih baik. Samo eh effectnyo pun.

Emak saya sedang selsema. Saya sudah kasi makan panadol soluble. Minum ke makan sebenarnya? Belasah jela. Ohh..lupa pulak kasi menelan vitamin C. Esok la saya kasi. Ehh.. kasi dalam bahasa melayu maknanya memandulkan ke? Ohh.. makin merepek haku ni.

Tadi petang ada tetamu datang. Sepupu arwah nenek saya. Sebagai insan rajin yg comel lagi cun meletop kedebabommmmm saya bikin air minuman. Air asam masin. Bubuh ais seketul besar. Saya sudah kaji bila letak ais ketul besar ais itu lambat cair. Hehe…jadi sila buat ais ketul2 yg besar. Besar baek punye. Apa haku merepek lagi ni? Isk.

Lepas tetamu balik saya pula mengambil tempat meminum air asam masin berais. Akibatnya sekarang saya sakit tekak. Bila sakit tekak maka akan batuk. Bila batuk mula la haku ni semput. Padan muko. Pastu menggelupur telan ubat sana sini.

Lepas maghrib tadi saya ke Mydin Subang. Misi mencari binding tape kaler pink. Tapi takde. Mana la lecturer omputih saya tu beli ya? Dari amerika ke? Hishh.. kena cari lagi ni. Tapi saya beli gak la yg kaler merah. Sok2 senang nak spot mana satu assignment saya. Yg cover pink binding tape kaler merah tu kan. Cecece..

Sebenarnya sekarang saya dan emak dan makcik serta seluruh keluarga sedang menunggu kelahiran anak adik saya yg menikah akhir thn lepas. Bila nak tengok dunia haa budak? Hoi budak! Keluar cepat boleh tak? Bosan la tunggu lama2.

p/s: Excuse la bahasa yg entah apa2. Memahami la si penulis sedang melawan stress sbb assignments berlambak. Grrr.. mintak kueh tat nenas sebekas boleh tak?

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

Tiada ulasan: