Jumaat, September 17, 2010

Sakit tekak menguasai

Padan muke.

Bangun pagi tekak dah rasa amat sakit. Saluran pernafasan juga sudah sempit. Baguihh baguihh… minumlah air ais lagi. Mendapat la ekau!

Mengagau cari Vicks. Sapu leher. Sapu hidung. Dah tua2 ni bukan berkesan nau vicks ni. Vicks inhaler pun takde stok yg baru. Semalam pegi mydin tak nak beli. Great!

Pegi dapur mintak tolong mak buatkan air asam jawa. Dgn harapan semoga cepat baik. Memang berkesan. Pabila di minum sakit tekak adalah lega. Pabila sudah habis sakit tekak kembali berkuasa. Hah! Like a pantun. It rhymes bebeh… ngeh ngeh ngeh~

Pagi ni hujan je. Sejuk je. Seronok je. Bunyi katak ong ong pun boleh dengar. Suasana sunyi je. Tidor sodap. Tapi baru bangun tidur nak tidur lagi pekejadahnya?!

Hari ni ada orang nak jumpe den. Tapi dah den pun tak sehat camni camno nak pegi? Lain kali jela ye!

Harapan menggunung hari ini adalah untuk menyiapkan satu daripada tiga assignments yg due pada hari yg sama. Malam tadi sudah buat satu muka surat. Semoga muka surat yg lain berjaya ditaip hari ini.

Perasan tak? Pada hari Jumaat yg lepas adalah kita beraya aidilfitri. Cepat benor masa berlalu kan. Macam baru je nak tarik nafas tetiba dah ado kek Jopun. Faham tak? Alaa.. macam baru nak tarik nafas masih dok kat Mesia. Sodar2 lepas nafas dah ado kek Jopun. Haa..camtula cepatnye. Hehehe..

Nak tengok gambar raya tahun ni tak?

Meh nak tunjuk…

family-1syawal 1431 Comel betul den kat tongah2 tu kan? Wakakakakkakakakakka… blog den mestilah den puji diri den yo… blog ekau takkan den nak puji diri den gak kan! Memang kaler kuning masuk betul la dgn muka den ni ha.. tak sesio beli tudung Ariani kuning tu di saat akhir. Hekss..

Pitams~

p/s: Hantu negori merasuk pulak pepagi Jemaat ni.. Ehh.. lupo nak cerito.. tahun ni den dpt duit raya sebanyak RM300.. best kan?

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

Tiada ulasan: