Saya dah balik SA hari Selasa lalu. Bertolak dari kampung pukul 5 lebih kurang. Berbuka puasa di jalanan. Teguk air sebagai syarat dan kemudian berhenti di Masjid Kuala Selangor utk makan bekal dan solat maghrib. Lebih kurang pukul 8.30 dah gerak ke SA semula. Masa berhenti makan saya tutup enjin dan buka tingkap. Menyesal haku! Nyamuk banyak giler. Sudahnya kegatalan kaki di gigit nyamuk. Lain kali kalau sesiapa berhenti rehat atau solat di perkarangan masjid itu di waktu malam sila jangan buka tingkap langsung.
Sampai rumah lebih kurang pukul 9.30 malam. Memasing dah flat. Masuk tidur awal.
Semalam pula saya dan emak serta makcik ke Jakel. Beli langsir utk rumah kampung. Last minute decision. Beli yg murah aje. Ikut budget yg diberi. Sempat singgah Ariani dan beli sehelai tudung warna kuning utk di pakai di pagi raya. Oh.. lupa semalam juga dah dapat collect baju kurung utk raya yg dah siap. Seronok! Tahun ni saya macam budak2. Beriya2 mengumpul semangat nak raya. Nak elak sedih yg bersarang ni menguasai. Berjaya atau tidak wallahualam. Yg penting dah usaha.
Hari ni plan asal nak ke Mydin. Nak beli cadar utk rumah kampung dan bunga. Kan saya dah kata. Beriya nak raya. Layankan aje. Tapi last minute cancel sbb malas pula. Esok kan saya still ada kelas pukul 8 pagi. Memula plan nak ponteng aje. Sbb boleh ponteng 2 kali kan. Tapi semak email tetiba ada new assignment yg due after raya break. Gilo! Total assignments nak kena submit adalah 3. Grrrrr! Hancus plan ku utk bersenang-lenang raya ni. Alamatnya siang raya malam kerja. Blueghhh!
Raya dah dekat. Hmmm.. macam2 perasaan ada. Emak pula sibuk mensibukkan diri. Kemas rumahla. Basuh bajula. Menjahit la. Nak melalikan diri dari layan perasaan la tu. Hmmmmmmm…
Saya nak buat Hall of Success kat satu dinding ni. Tapi toolbox kat rumah makcik. Semalam lupa pula nak ambik. Ahad la buat.
Yg lelain … alih tv, alih console table, gubah bunga… hmmmm.. nanti la buat.
Nanti cerita lagi k..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan