Selasa, September 21, 2010

Pulun .. pajeri terung yg nyum~

Dah dua malam berturut2 saya dok pulun berjaga tengah malam menyiapkan assignment. Setakat ni satu dah siap … siap print dan dah bind pun. Lepas siap binding malam tadi mata masih blum mahu tidur jadi saya teruskan menggorengmengarang assignment kedua. Sukses hampir 3/4 essay. Lagi suku dok hold. Insyaallah malam ni sambung lagi. Dedua assignment ni utk subjek lecturer Texas saya tu. Lepas ni kena buat article review utk lecturer org Malaysia pulak. Yg tu in BM so boleh goreng lebih garing kot!

Update kesihatan saya: masih semput, batuk2 kecil (cewah!) Ohh.. hari ni alhamdulillah tak de muntah. Dah 3 hari dok muntah manjang. Memang saya kalau asthma akan muntah sentiasa. Buang kahak kan.. eiii….

Oh.. dah dua hari juga saya masak utk dinner. Sbb mak puasa enam kan. Jadi kena masak utk buka puasa. Semalam saya masakkan masak lemak kobis dengan ikan kembung goreng kerutup. Hari ni saya masak pajeri terung dgn goreng ikan gelama masam sekor. Sukses! Saya suruh emak komen pajeri terung saya. Dia kata “Mantop! Tapi kurang terung”. Erkk.. 2 biji terung panjang yg panjang tidak cukup kah? Maklum la tadi masa makan dok ceduk ceduk dlm periuk sedar2 dah tinggal dua tiga potong je terung. Hehehe.. esok kena potong terung lagi masukkan dlm kuah.

Hari ni saya macam bosan. Macam rasa nak keluar. Tapi malas. Esok nak keluar ke ek?

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

Tiada ulasan: