Sambung entry menang voucher kan. Walaupun voucher RM10 je pun dah kecoh. Wehh.. RM10 tu dpt tolak beli buku tau~
Hehe.. kan saya dah kata saya nak ke Bookxcess my fav hangout place kan… cecece… tempat hangout kedai buku. Dasar ulat buku!
Sampai je kedai buku tu saya terus ke kaunter. Memula teragak2 jugak nak mintak. Tapi beranikan diri. Cehh.. penakut rupanya. Ngee….
Sales assistant tu suruh saya tunggu sbb nak cari dulu. Or sbb diorg belum print borang claim hadiah kot. Saya cuak juga. Kot2 saya bermimpi ke kan…
Tak nak buang masa saya berlegar2 mencari mangsabuku. Kalau saya kaya semua saya nak beli. Lepas tu saya pulak buka kedai buku. Hahahahha…
Tetengah saya ke sana ke mari tu sales assistant tu panggil balik. Serahkan voucher dan suruh sign form tanda saya dah ambik. Hoorayy! Dalam kepala otak dah terbayang betapa jimatnya pembelian hari ni.
Dan dengan voucher tersebut telah menyebabkan saya hanya perlu membayar sebanyak RM49++ sahaja utk buku2 di bawah ini…
Presenting my September books.. hehe… enough la..
Mana tak gembira kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan