Jumaat lepas selepas asar saya dan emak ke rumah makcik saya. Konon nak beraya. Sekali siap mengguna tenaga menyusun perabot pulak. Sebagai upah makcik saya masak bihun goreng. Jalan je.
Masa tu tekak sakit lagi. Bila nak balik saya rasa makin teruk pula. Siap sakit kepala bagai. Terus saya buat keputusan nak ke klinik. Risau juga sekarang ni sakit2 macam2 akibat. Mujur klinik yg biasa saya pergi masih buka. Terus zassss… masuk dan register. Tunggu lebih kurang 15 minit terus masuk bilik doktor. Masa consultation lagi pantas. Saya rasa saya dok dalam bilik doktor tu ada la dlm 5 minit je. Sbb saya bagi tahu apa yg saya rasa dan doc terus bagi prescription ubat. Setel. Orang ramai lagi menunggu nak jumpa doc kan.
Dapat ubat. Lebur RM42. Takpela. Janji dah ikhtiar kan.
Kali ni saya sangat rajin makan ubat. Sbb saya nak cepat baik. Sbb saya nak buat assignment. Gilo assignment satu pun haram dibuat lagi nih. Risau haku!
Yg paling saya risau adalah kedatangan cik asthma. Bila dah sakit tekak, selsema… biasanya cik asthma tu pun datang in one package. Tu yg lemah tu. Dan jangkaan saya ternyata benarrrr. Benarrr ya tuan2 dan puan.
Malam Sabtu tu buat kunjungan ke rumah adik saya di Klang. Rumah dia di tingkat 4. Takde lift ya adik2. Dan sejurus sampai diriku ke muka pintu. Takde ingat lain. Toilet! Menggelupur cari toilet. Nak muntah ya. Dan ku tinggalkan muntahan badangku di sinki bilik airmu nan kotor itu. Wah! Dah muntah baru lega. Tu yg malas tu. Bila semput akan muntah. Hari2 muntah kang ada yg ingat haku mengandung pulak. Ya. Memang pun mengandung. Bukan mengandung budak. Tapi mengandung lendir. Ewe~yuck!
Malam tadi bila tidur saya tengok emak tak tidur. Err.. masa saya tengok tu of course la saya belum tidur. Hanya cubaan utk tidur tapi gagal sbb pernafasan terganggu. Dan emak risau sbb dah tetua pulak baru saya nak mendapat penyakit ni. Aisehhh.. kuasa Allah mak.. kuasa Allah. Terima jela. Redha.
Di saat saya menaip entri ni barulah rasa lega sikit. Ubat batuk pun sudah selamat selesai. Dan saya sedang menyiapkan salah satu tugasan. Walaupun baru separuh dah laju pulak buat entri blog ni.
Hampeh.
Doakan saya sihat bagai johan ya! Maceh…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan